March 24, 2011

..PuDiNg KaRaMeL LaPiS KeK..

Alhamdulillah..menjadi juga puding lapis kek ni walaupun tak berapa lawa.maklumlah,percubaan pertama.akan diperbaiki lagi pada percubaan yang akan datang (tak pasti la bila ye)..
sebenarnya tak sangka resipi ni wujud.kalau puding karamel tu,aku tau la.mmg favourite dan selalu buat pun.tapi bila member tanya pasal resipi ni,musykil juga.nak puaskan hati,aku try la cari dlm internet..rupe2nye mmg wujud resipi canggih ni.sesungguhnye aku yang ketinggalan.hahaha..
bila dah jumpa resipi,apa lagi bersemangat waja la nak try buat.balik je dari ofis,terus mulakan misi.syukur sangat sbb misi berjalan lancar dan hasilnya pun memuaskan hati..tq to tuan punya resipi a.k.a YANI yang sudi share resipinya di sini..


Bahan-bahan
Karamel
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air
Puding
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila
Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan

Cara-cara
1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
2. Sediakan karamel - Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
3. Sediakan puding - Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
5. Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
6. Sediakan kek span - Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi berkrim.
8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
9. Ayak tepung ke dalam no.8.Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
10. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

 

No comments:

Post a Comment