April 20, 2012

..Apam Polkadot Dot Dot Dot..


Salam sejahtera buat semua.hari ni hari JUMAAT.hari yang sangat aku suka sebab aku cuti..yahoooo..kalau  dah cuti-cuti ni tekak pun mula la teringin nak makan macam-macam..ala-ala orang ngidam gitu..dalam banyak-banyak makanan yang ada,teringin sesangat nak makan APAM POLKA DOT..haaaaaa,apa lagi,laju je la tangan ni menggodek resepi dan jeng,jeng,jeng..inilah hasilnya..rasa sedap tp kurang gebu dan rupa pun kurang cun..ada la tersilap kat mana-mana..akan diperbaiki kalau buat lagi lepas ni..hehehehe
apa-apa pun,layan je la..


APAM POLKADOT

Bahan :
3 biji telur (sejuk)
220g gula halus
150ml susu segar/susu sejat
1 sudu kecil ovalet
*275g tepung gandum
*3 sudu kecil baking powder - ayak bersama bahan bertanda *
1 sudu kecil esen vanila
**pewarna
**filling       - **ikut citarasa masing-masing

Cara :
1. Satukan telur,gula dan ovalet.Pukul hingga kembang dan berkrim.
2. Masukkan tepung dan susu berselang seli hingga habis.
3. Masukkan esen vanila dan gaul sebati.
4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan (ikut citarasa)
5.Masukkan adunan ke dalam piping bag.
6.Letakkan cup ke dalam acuan lompang ataupun bekas yg sesuai dengannya.
7.Paipkan adunan ke dalam cup (setengah) dan masukkan filling di tengahnya.
8.Paipkan semula adunan hingga memenuhi cup.
9.Akhir sekali,paipkan dot-dot di atas adunan tadi.
(nak dot-dot pun boleh,lukis anngry bird/ladybird pun boleh.ikut kreativiti masing-masing)
10.Kukus lebih kurang 10 - 15 minit (api perlahan).
Siap sudah..

April 18, 2012

..PuDiNg KaRaMeL LaPiS CoKLat..

Alhamdulillah..eksperimen telah berjaya..jom kawan2,kita makan PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT..tapi kan,coklat tu telah ku ubah ke perisa coffee..aci la ekk..apa nak buat,masa semangat tengah membara nak bancuh puding ni rupa2nya coklat habis..sebab tak nak hampakan diri sendiri yang tengah bersemangat waja,ku capai aje la coffee emulco yang ada depan mata..coffe pun coffee la..sedap juga rasanya ..tak percaya??cuba dulu baru tau..hehehehe..
Resepi ni 'dicilok' di sini..halal ye kak saya copy & paste resepi ni..malas bebeno nak menaip..hehehe



PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT
Bahan:-
(A)
1 tin susu cair 
5 sudu bear gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila

(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
1 sudu besar coffee emulco (bahan asal : 4 sudu besar serbuk koko)

(C)
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu

Cara Membuat:-
  1. Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
  2. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci (*ummi guna loyang bulat berdiameter 7 inci).
  3. Bahagi dua setiap adunan dan tuangkan separuh dari adunan A dalam loyang.
  4. Kukus selama 5 minit atau hingga masak.
  5. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.

April 16, 2012

..Tentang Rasa..

Kalau tadi aku publish resepi KEK TIGA RASA,sekarang nak publish lagu TENTANG RASA pula.hari ni hari RASA sedunia untuk aku..rasa apa??entah la,aku pun takde jawapannya..macam-macam rasa dalam hati ni..apa pun,jom layan jiwang dengan lagu ni..

      

..TeNtAnG rAsA..

aku tersesat menuju hatimu
beri aku jalan yang indah
izinkanku lepas penatku
tuk sejenak lelap di bahumu

dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
semoga cinta kita kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya

tentang cinta yang datang perlahan
membuatku takut kehilangan
kau titipkan cahaya terang
tak padam didera goda dan masa

dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
dapatkah selamanya kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya

..KeK TiGa RaSa..



Salam semua..
Sempena meraikan hari yg berbahagia ini (bahagia sebab terlepas dari 'ikatan' kemalasan),jom kita kongsi KEK TIGA RASA ni sama-sama..tapi,korang boleh tengok je la ye..kami kat sini yang pulun makan sampai habis..memang sah-sah la dah habis pun sebab resepi tertunda.dah draf lama tapi lupa publish daaaaaa..hahaha
Kek ni sebenarnya kek marble biasa je tapi telah ditambah dengan warna-warna dan juga perisa-perisa tambahan untuk memeriahkannya..nak makan pun kena meriah-meriah juga kan..baru la berselera sikit..tak gitu??gitu-gitu la adanya..  :-)
Jom kita kongsi apa yang patut..salah dan silap harap dimaafi..


Bahan-bahan
250g marjerin
200g gula
5 biji telur
* 250g tepung gandum
* 1 sudu teh soda bikarbonat
* 1 sudu teh baking powder
(bahan * - diayak bersama)
1 sudu teh esen vanila
pewarna hijau + pandan paste
pewarna merah + strawberry paste
coklat emulco


Cara-cara
1.Satukan marjerin dan gula.Pukul hingga kembang.
2.Masukkan telur satu per satu serta esen vanila dan pukul lagi hingga rata.
3.Masukkan tepung dan pukul hingga sebati.
4.Setelah sebati,bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
5.Campurkan setiap bahagian adunan tadi dengan sedikit pewarna dan juga perisa (ikut kesukaan masing2)
6.Lenser loyang dgn marjerin dan lapik dengan kertas minyak.
7.Sudukan adunan berwarna tadi berselang-seli hingga habis.
8.Bakar dalam suhu 170C selama + 45 minit atau sehingga masak.





April 15, 2012

Akhirnya...

Akhirnya,aku tergerak hati dan menggagahkan diri nak update blog yg dah hampir 'pupus' ni..kalau ikutkan diri yg malas tahap dewa + gaban ni,mmg tak berusik la blog ni..kesian2..
Untuk permualaan setelah sekian lama 'berdiam diri',layan je la lagu ni dulu ye..INSYAALLLAH kalau panjang umur,akan menyusul resepi pada hari2 yg akan datang..doakan kerajinan aku akan bertambah ye..hehehehe


**layan dulu lagu favourite aku ni..

..TeRuKiR di BiNtAnG..

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia


Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan... kamu...


Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


June 3, 2011

..aGaR-aGaR MaNGGa..


Salam semua.lame betul tak jenguk blog ni.memanjang tak sempat.lepas dari bercuti seminggu hari tu,bz memanjang.macam-macam kena buat.penat sesangat..jadi bila dah ada kesempatan ni,aku merajinkan la diri ni untuk update blog yang dah 'bersawang' dan 'berhabuk' ni..hehehe
so,untuk pembukaan kali ni aku hidangkan agar-agar mangga @ pelam bersempena dengan musim mangga kat kedah ni.dah tak tau nak buat ape.banyak sangat.lagipun dalam keadaan panas-panas sekarang ni,makan pula agar-agar yang sejuk ni,nyaman je masuk tekak..best kan..apa lagi,jom tengok resipi..

Bahan-bahan
20g agar-agar
1300ml air
1/2 cawan gula (boleh tambah/kurang - ikut suka)
*200ml air
*2 cawan isi mangga (*kisar hingga halus)

Cara-cara
1. Masukkan agar-agar dan air dalam periuk dan masak hingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan biar larut.
3. Masukkan mangga yang telah dikisar dan biarkan hingga masak.
4. Masukkan dalam acuan dan biarkan hingga mengeras.sejukkan dalam peti sejuk.

May 9, 2011

..I'm back..


Hai..I'm back...lama betul tak update blog ni..maklum la,last week cuti seminggu.so,bila dah cuti,malas la nak online.bila tak online,tak dapat la nak update blog segala..bukan apa,malas sebenarnye nak angkut lappy ni sepanjang bercuti hari tu..lagipun dah alang2 bercuti untuk merehatkan diri dan minda,bercuti juga la dari mengadap lappy ni..kasi cerah mata..hehehe..
mmg enjoy bercuti hari tu..rase macam nak tambah jadi 2-3 minggu..baru puas.haha..pengsan bos kalau aku apply cuti sampai 2-3 minggu.seminggu tu pun dah besar tuah la dia nak bagi..ape pun,mmg best cuti kali ni..selain p makan angin kat Cameron Highland,aku juga berpeluang melawat saudara mara di kampung..maklumlah,dah 6 tahun tak jejak kaki ke kampung..bkn lupa daratan tau tapi ada la sebab yang tak dapat dielakkan..
kesimpulannya,kenangan bercuti kali ni akan menjadi moment terindah dalam hidupku yang tak akan aku lupakan sampai
bila-bila..

April 27, 2011

..Masak Lemak Taugeh..

Menu sayur untuk lunch.wajib dihidang bersama dengan menu ni semestinya nasi panas,ikan goreng berlada/sambal dan sambal belacan.baru rasa puas makan.simple2 je pun.layaaann..

Bahan-bahan
1 mangkuk taugeh
1 mangkuk cendawan tiram  
3 ketul tauhu - dibelah 4
1 peket fishbal - dibelah 2
1 kotak kecil santan (200ml)
Air secukupnya
1 biji bawang besar - dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Satukan cendawan,tauhu,fishball,bawang besar,serbuk kunyit dan air secukupnya dalam periuk.Masak hingga mendidih.
2. Bila mendidih,masukkan santan dan bahan perasa secukup rasa.Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala.
3. Akhir sekali masukkan taugeh dan cili merah.Biarkan masak sekejap dan boleh matikan api.

April 26, 2011

..Menu Dinner 2 - Tempura Ikan Bilis..


Menu kedua untuk malam ni..tempura ikan bilis atau lebih senang sebut ikan bilis celup tepung..bukan ikan bilis yang kering tu tau.ni guna ikan bilis fresh punye.nanti ada yang gelakkan aku pulak kalau tak bagitau..hehehe..senang je nak buatnye.tepung pun guna yang segera je..rangup dan sedap ok..tak sedar dah makan banyak..hahaha

Bahan-bahan
20 ekor ikan bilis segar (saiz sederhana)
5 sudu besar tepung goreng segera
Air secukupnya
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Bersihkan ikan dan toskan.
2. Masukkan tepung,garam dan air dalam mangkuk dan gaul sebati (bancuhan jangan terlalu pekat)
3. Panaskan minyak dalam kuali.
4. Celupkan ikan dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan dan masak.Buat hingga habis.
5. Angkat dan boleh dihidangkan.

..Menu Dinner 1 - Nasi Goreng Pedas..


Senang,cepat dan mengenyangkan..tu je yang dapat aku kata untuk menu dinner malam ni..selalunya kalau makan nasi goreng ni mesti makan dengan ulam timun dan telur goreng mata kerbau.tapi malam ni ada perubahan sikit.boring juga kan kalau asyik benda yang sama je.so untuk malam ni,add on la sikit dengan tempura ikan bilis..yummylicious..jom dinner..

Bahan-bahan
1 mangkuk besar nasi
1 biji bawang besar
5 sudu besar cili kisar
2 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan cili kisar hingga cili garing.
2. Masukkan telur dan biarkan sebentar.
3. Masukkan nasi dan gaul hingga rata.Tambah garam secukup rasa.
4. Biarkan atas api sederhana dan sesekali dikacau hingga nasi masak elok dengan rasa yang sepatutnya.
5. Siap dihidangkan dengan menu iringan..