January 30, 2011



 
Ni la hasil dari lebihan adunan koko kek marble.saje suke-suke.kebetulan ada lebihan buttercream dlm peti ais.aku 'touch up' la kek cawan ni.kesian pulak nak biar mcm tu je..kasi dia cun sikit..hahaha..layannnn..


Nampak mcm roti tp sebenarnya ni adunan donut yang telah diubahsuai sikit.bulat2kan lepas tu dibakar bkn digoreng..jimat minyak la katekan.sekarang kan tengah krisis minyak masak..susah beno nak beli..hehehe..sedapp dicicah dgn gulai ataupun kopi 'o'panas..wallahhh...


..UdaNG & AyaM CeLuP TepUng..




January 27, 2011

..SeNyUm iTu SaTu SeDekaH..

SENYUM..satu perbuatan yg sangat mudah untuk dilakukan.tak susah pun nak senyum tp knp masih ramai yg tak suke senyum..heran juga ye.kadang2 tertanya-tanya dalam hati knp la org tu mukenye masam je..kalau ade masalah sekali pun ape salahnye senyum.senyum tu kan penawar duka.senyum juga satu sedekah.jadi,senyum-senyum la selalu agar hati sentiasa rase tenang dan terhindar rase gundah..

"senyum seindah suria yang membawa cahaya..senyum lah dari hati duniamu berseri..senyum umpama titian dalam kehidupan..kau tersenyum ku tersenyum kemesraan menguntum.."

January 26, 2011

15/01/2011 - Kursus Penghasilan Kek (Asas) @ KKBD,Jitra

Minggu lepas buat bun,minggu ni buat kek pulak..bersyukur sbb dpt juga attend kursus ni.ape taknye,last minit kursus ni ditukar dr hari jumaat ke hr sabtu.nasib baik big bos bermurah hati bg cuti..kalau tak,melepas la..mmg dah rezeki aku..hehehe..kursus mula agak lewat dr jangkaan sbb ade sedikit masalah teknikal..ramai sangat yg datang.nasib baik la dah bayar deposit..kalau tak,kena balik la jawabnye..
Kursus kali ni lg mencabar dr yg lepas tp enjoy.jutaan terima kasih kpd cikgu SALMI krn sudi berkongsi ilmu dgn kami semua..kalau ade rezeki,nanti kita jumpa lagi untuk kursus yang akan datang..

GAMBAR-GAMBAR SEMASA KURSUS...
 

- CIKGU SALMI tekun mengajar..






 

January 22, 2011

..BubuR LamBuk Daging..


Salah satu daripada makanan kesukaan keluarga.kalau bulan puasa,mmg selalu masak bubur ni.mudah dan cepat.perencahnye terpulang pada selera masing-masing.boleh letak daging,ayam ataupun isi ikan (selalu guna isi ikan cencaru bakar).kat kampung (Selangor),org panggil bubur lambuk.kat sini (Kedah),org panggil 'MOI DAGING'.kat sini kalau bubur nasi tu,kami sebut 'moi'..kalau dtg Kedah tengok kat gerai ada tulis moi daging,moi sup,bubur nasi la tu..hehehe

Bahan-bahan
Beras
Air
Bawang merah - kisar
Bawang putih   - kisar
Halia                - kisar & hiris
Serai                - ketuk 
Daging
Santan            
Lada hitam (serbuk)
Perasa - gula & garam
Cara-cara
1. Masukkan beras,air,bahan2 yg dikisar,serai dan hirisan halia dlm periuk.Masak hingga beras kembang. (1 cwn beras = 5 cwn air.boleh ditambah atau dikurang - ikut selera masing2)
2. Masukkan daging.Biarkan hingga mendidih dan daging masak.
3. Masukkan santan,serbuk lada dan juga perasa.Biarkan hingga mendidih dan masak.
*hendaklah selalu dikacau supaya tak berkerak..
4. Boleh dihias dengan hirisan daun sup,daun bawang,bawang goreng,lobak masin dan kacang tanah goreng (ikut selera).Sedap dimakan dengan sambal dan juga kerabu taugeh..

..DoNuT..


Minggu lepas buat bun,minggu ni buat donut pulak..ni first time buat.resepi dpt dari my bff..gebu sesangat..aku cuma timbang bahan2 je..ALONG yg uli..ha3..pas tu,kami sama2 terap..shape tak berapa lawa la..dah tu,tergelap sikit mase goreng..tp ape pun,rase mmg mantopp..1 adunan ni,dpt buat 3 versi..donut salut gula,donut celup coklat untuk Kak Long & Ucik dan paling special kuih doraemon @ proton saga..tak pasti la nama betul kuih tu tp kat sini org panggil kuih proton saga..pelik namenye tp benar..nak buat pun senang je..just bulatkan doh,goreng pas tu belah tengah (jgn putus) dan isikan dgn sambal tumis..sedap ooo...jom try..





- versi pedas..kuih doraemon @ proton saga..

- versi celup coklat
 Bahan-bahan
*1 kg tepung gandum
*1 sudu besar baking powder
*1 sudu teh improver
*1 sudu teh softener
*1 sudu teh garam
150g gula
150 shortening
450ml air
2 peket yis - MAURIPAN
2 biji telur


Cara-cara
1. Satukan semua bahan-bahan bertanda *.Masukkan dlm satu mangkuk dan gaul sebati.
2. Bancuh yis dgn sedikit air dan gula.Biarkan hingga yis kembang.
3. Bila yis dah kembang,masukkan bancuhan tadi ke dalam mangkuk berisi campuran tepung dan uli.
4. Masukkan lebihan gula,telur dan air.Uli lebih kurang 5 minit.
5.Masukkan shortening dan uli lagi hingga doh tak melekat di tangan.
6. Biarkan doh tadi di dalam mangkuk dan tutup mangkuk dgn kain lembap.Biarkan doh naik 2 kali ganda (40 minit - 45 minit).
8. Canai dan terap.Biarkan naik lagi.
9. Goreng dlm minyak yg panas.Angkat dan toskan.Biar hingga sejuk.
10. Boleh la disalut dgn gula ataupun dicelup coklat..

..PuDInG JaGUng..


Alhamdulillah..tercapai juga hajat nak makan puding jagung..plan awal nak buat sendiri.brg dah lame beli tp dok buat pameran je.maklum la,tak sempat.banyak sangat projek 'mega' kena laksanakan..hehehe..tq my sis,ALONG sbb telah merajinkan diri buat puding ni..resepi yg mudah lg lazat..sejuk perut dapat makan..wallahhhh..

Bahan-bahan
15g agar-agar
600 ml air
1 1/2 cwn gula
1 tin susu cair
1 tin jagung dlm tin
3 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
1. Satukan agar-agar dan air dlm periuk.masak sampai agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan masak sampai semua larut.
3. Masukkan susu cair,telur (pukul sikit) dan vanila.kacau sebati.
4. Masukkan tepung kastard (bancuh dgn air) dan jagung.kacau rata hingga mendidih/masak.
5. Angkat dan masukkan dalam loyang.bila dah agak sejuk,masuk dlm peti ais..

January 19, 2011

..NaSi AyaM..

Salah satu daripada resepi kegemaran aku..selalunye,ALONG yg masak..aku tukang makan je..hehehe..senang je nak buat.jom try..

A.NASI
Bahan-bahan
Beras
Air - lebih sedap kalau guna kuah sup
Bawang merah - hiris
Bawang putih   - hiris
Halia                - hiris
Rempah 4 beradik -Kulit kayu manis,Buah pelaga,Bunga cengkih,Bunga lawang
Pewarna kuning/kunyit
Minyak
Daun pandan
Perasa - gula & garam

Cara-cara
1. Basuh beras dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam periuk.
3. Tumis bawang dan halia hingga kekuningan dan wangi.
4. Masukkan air,rempah,daun pandan (disimpul),sedikit pewarna dan perasa.Biarkan mendidih.
5. Masukkan ke dalam rice cooker bersama dgn beras td.Biar hingga masak.

B.SUP
Bahan-bahan
Ayam (bahagian yg bertulang - kaki,sayap)
Bawang putih - tumbuk
Halia              - tumbuk dan hiris
Sup bunjut
Rempah 4 beradik -Kulit kayu manis,Buah pelaga,Bunga cengkih,Bunga lawang
Air
Perasa

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan tu dlm periuk dan biarkan sampai masak.

C.AYAM HITAM
Bahan-bahan
Ayam (bahagian isi - dada,paha)
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Lada putih (serbuk)
Kicap pekat
Sos tiram
Perasa

Cara-cara
1. Blend semua bawang dan halia.
2. Campurkan dgn semua bahan lain dan gaul sebati.Perap selama 2-3 jam.
3. Lepas dah 2-3 jam diperap,masukkan dlm kuali dan biarkan hingga masak.Kalau kuah pekat,boleh tambah sedikit air.

D.SAMBAL
Bahan-bahan
Cabai masak @ cili merah
Cabai melaka @ cili api
Bawang putih
Belacan
Perasa
Cuka

Cara-cara
1. Blend semua bahan-bahan dan gaul sebati..

January 14, 2011

PuDinG mARbLe

- versi buat sendiri


- versi along buat

Macam ni la aku kalau dah cuti.nak keluar,malas.bila dok rumah,mula la teringin nak masak macam2.so,kesempatan yg ada ni aku try buat puding marble.hari tu buat kek marble,kali ni puding marble la pulak..hehehe..puding ni buat jumaat hari tu..lepas siap packing nasi lemak dan disedekahkan pada jiran2 (niat kenduri utk arwah mak),aku pun selongkar resepi.cari punye cari,terhasil la puding marble ni..mcm biase,first attempt mst la tak berapa menjadi kan..rupe kurang tp rasa sedap..enjoy...

Bahan-bahan
15g agar-agar
600 ml air
1 1/2 cwn gula
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara
1. Satukan agar-agar dan air dlm periuk.masak sampai agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan masak sampai semua larut.
3. Masukkan susu cair,telur (pukul sikit) dan vanila.kacau sebati.
4. Masukkan tepung kastard (bancuh dgn air).kacau rata hingga mendidih/masak.
5. Angkat dan bahagi 2 adunan tersebut.1 kosong,1 campur serbuk koko (bancuh dgn air).
6. Sudukan berselang seli antara 2 adunan tersebut ke dalam loyang.bila dah agak sejuk,masuk dlm peti ais..

January 8, 2011

Kek BaTik BiSKut MaRie

Teringat adik aku (UDE) bila tengok kek ni.dia suka sangat.dia panggil kek ni MARIE B..ni first time buat.Alhamdulillah menjadi..



Bahan-bahan
1 tin susu pekat
1 ketul butter
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 biji telur
300g biskut marie

Cara-cara
1.Masukkan butter dlm kuali dan cairkaan.
2.Tambahkan susu dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan serbuk koko,milo dan telur.Kacau di atas api perlahan hingga masak (lebih kurang 10 minit)
4.Apabila adunan tadi dah agak sejuk,masukkan biskut dan gaul sebati.
5.Maukkan dalam loyang (berlapik plastik) dan mampatkan adunan.Biarkan sejuk seketika dan masukkan dalam peti sejuk semalaman.

07/01/2011 - Kursus Penghasilan BUN (Asas) @ Kolej Komuniti Bandar Darulaman..

Alhamdulillah.tak sangka dapat juga hadiri kursus jangka pendek Penghasilan Bun (Asas) ni.walaupun mula2 tu hati berbelah bagi antara nak p dgn tak (maklum la tak pernah join),last2 tekadkan hati p juga.hehehe..ni la first time attend kelas memasak yg formal mcm ni.sebelum ni tak pernah berkesempatan pun.tp,bila sekali dah p,syok la pulak..lepas2 ni kalau ade lg,mst join.disebabkan excited sangat,siap dah register utk kelas buat kek next week..tak sabo pulak nak p.hahaha..tq to KAK DIYANA yg beria-ria ajak aku p.kalau bukan sebab dia,tak p dah kot..takde geng tak best..hehehe..kelas start pukul 9 pagi dan berakhir pukul 3 ptg.terima kasih juga utk cikgu kami,PUAN KU HANIS RAHYU @ ANIES yg sudi bagi tunjuk ajar dan juga utk semua peserta kursus yg banyak membantu..mmg best kursus ni.tak sia-sia aku p..akan ada lagi 3 siri untuk tajuk yg sama.mst akan lebih advance dan menarik..selain dari dpt pengetahuan,dpt juga tambah kenalan dan paling seronok mst la sbb dpt sijil..yeeeaayyy...

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR KURSUS..


- ni la CIKGU ANIES..


 
 
   
ni la KAK DIYANA

 
 
 
 

 
hasil 'kerja tangan' kami..