January 14, 2011

PuDinG mARbLe

- versi buat sendiri


- versi along buat

Macam ni la aku kalau dah cuti.nak keluar,malas.bila dok rumah,mula la teringin nak masak macam2.so,kesempatan yg ada ni aku try buat puding marble.hari tu buat kek marble,kali ni puding marble la pulak..hehehe..puding ni buat jumaat hari tu..lepas siap packing nasi lemak dan disedekahkan pada jiran2 (niat kenduri utk arwah mak),aku pun selongkar resepi.cari punye cari,terhasil la puding marble ni..mcm biase,first attempt mst la tak berapa menjadi kan..rupe kurang tp rasa sedap..enjoy...

Bahan-bahan
15g agar-agar
600 ml air
1 1/2 cwn gula
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara
1. Satukan agar-agar dan air dlm periuk.masak sampai agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan masak sampai semua larut.
3. Masukkan susu cair,telur (pukul sikit) dan vanila.kacau sebati.
4. Masukkan tepung kastard (bancuh dgn air).kacau rata hingga mendidih/masak.
5. Angkat dan bahagi 2 adunan tersebut.1 kosong,1 campur serbuk koko (bancuh dgn air).
6. Sudukan berselang seli antara 2 adunan tersebut ke dalam loyang.bila dah agak sejuk,masuk dlm peti ais..

No comments:

Post a Comment