March 7, 2011

4/3/2011 - Kursus Penghasilan Kek (2) - Kek Keju @ Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBD)

Kursus kek lagi..kali ni pengkhususan dlm menyediakan KEK KEJU.baru dapat peluang attend sbb sebelum ni kelas asyik penuh je.ni pun kira dah langkau kelas.lepas kelas basic hari tu patutnye attend Kursus Kek (1) dulu tp dah penuh,apakan daya.langkau pun langkau la.bln 4 ni kalau ada rezeki,patah balik kursus 1.kalau tak dapat juga,tunggu sampai dapat la jawabnye.rugi kalau tak attend kursus 1 sbb diorang cakap kelas tu lagi menarik..buat aku hangen je.kursus buat kek kat KKBD ni mmg sentiasa dapat sambutan sbb cikgunye best sangat.lagipun,yuran yg dikenakan tu murah je.berbaloi2 dgn ilmu yg diperolehi..
kursus kali ni best sangat sbb dapat ahli kumpulan yg very sporting dan supportive.happening habis.tak terasa boring pun.paling penting,baru la aku tau susah juga nak buat kek keju ni.agak cerewet dari segi pembuatannya tambah2 untuk orang yang 'terlampau rajin' mcm aku ni.hahaha..nampak gaya,hulur duit je la kalau nak mkn kek keju ni.lgpun,tak dapat sambutan la kek keju ni dlm rumah aku.maklumlah,tekak melayu asli.rasa tak berbaloi pulak nak buat.nanti jenuh la aku yg nak ngabiskannye.bertambah la lemak2 terkumpul dlm badan ni..hehehe
ape pun,yg pasti aku dah dapat ilmu nak buat kek keju.buat ke tak,belakang kira.ilmu tu yg penting.bak kata pepatah "Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China"..layann.....

  


..Kek ChiFFoN PaNdaN..


Akhirnya,tertunai sudah hajat nak buat kek chiffon pandan ni setelah seharian 'berguru' di KKBD bulan Januari hari tu.lame dah peram resipi cikgu bagi.takut nak cuba sebenarnya.tapi,bila fikir2 balik,apa guna berguru kalau tak berani nak mencuba kan..so,terjadi la sebiji kek chiffon pandan untuk hidangan minum ptg sefamili..even rupenye kureng menarik (sebab tu tunjuk gambar kek yg dah potong),tp rasenye mmg best..gebu dan lembut gitu..jom tengok resipi..

Bahan-bahan
Adunan A:
24g gliserin
180g kuning telur
120g air
8g pandan paste
52.5g gula kastor
5g garam
240g tepung high protein
25g serbuk santan
5g baking powder
105g minyak jagung

Adunan B (meringue):
360g putih telur
240g gula kastor
1g cream of tartar

Cara-cara
1.Campurkan kuning telur,air,gliserin,dan pandan paste.Kacau hingga sebati dan licin.
2.Masukkan garam dan gula.Kacau sebati.
3.Ayak tepung bersama serbuk santan dan baking powder - kacau sebati.
4.Masukkan minyak dan campuran kuning telur ke dalam mangkuk tepung dan kacau hingga sebati dan licin.Ketepikan.
5.Putar putih telur bersama cream of tartar  dengan kelajuan tinggi selama 1 minit.
6.Masukkan gula dan putar sehingga mendapat konsistensi yang betul (soft peak).
7.Kaupbalikkan adunan putih telur (meringue) ke dalam adunan A dengan spatula plastik hingga sebati.
8.Masukkan adunan ke dalam acuan kek chiffon (tak payah dilenser) dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 50-60 minit sehingga kek tidak melekat di tepi acuan.
9.Bila dah masak,keluarkan dari oven dan segera terbalikkan acuan atas redai dan tunggu hingga sejuk..




March 6, 2011

22/2/2011 - ALHAMDULILLAH..Bersyukur aku ke hadrat ILAHI kerana dgn limpah kurniaNYA dapatlah aku menyambut hari lahir ke 31 tahun hari ini.seperti kebiasaan,sedikit majlis kecil-kecilan (sesuai la dgn usia kan) telah diadakan.aku berasa sangat terharu dan gembira kerana majlis itu dirancang tanpa pengetahuanku.thanks a lot to my beloved sister ALONG yang telah bersusah payah memasak utk majlis tu.tak lupa juga utk KAK BI sekeluarga sbb sudi belikan besday girl kek yg sedap.walau bagaimanapun,dlm kegembiraan tu terselit juga rasa sedih sbb ketiadaan arwah EMAK tersayang.tahun kedua aku meraikan hari bahagia ni tanpa arwah EMAK..kalau arwah ade,dia la yg sibuk nak buat itu ini..EMAK,i miss u so much..ape pun,harapan pada kali ini sama je seperti tahun-tahun yang lepas.aku memohon pada-NYA agar aku dipanjangkan usia,dimurahkan rezeki,dilindungi,diberkati dan diredhai sentiasa dlm setiap perlakuan  dan dipertemukan jodoh dgn seseorang yg beriman..AMIN..

**lambat publish post sbb sibuk bebeno kebelakangan ni..tp tak kira,ttp nak publish juga..hehehe

- kek -
  
- menu : bihun goreng putih,fettucini bolognaise & tempura udang -
 

- wajah2 ceria di hari lahirku -

**ada lagi tetamu tp masing2 tak nak interframe..ni je la yang tinggal..




February 20, 2011

..SuP TuLaNg..


Bahan-bahan :
1kg tulang lembu + daging tetel
Air
Bawang merah - kisar
Bawang putih  - kisar
Halia - kisar dan hiris
Sup bunjut ADABI
Bunga cengkih,bunga lawang,kulit kayu manis & buah pelaga
Perasa
Daun sup,daun bawang & bawang goreng - tabur dlm sup yg telah masak (optional)
* kuantiti bahan2 bergantung pada citarasa masing2..

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan-bahan di atas dalam periuk kecuali bahan-bahan utk ditabur dalam sup dan biarkan hingga masak.
2. Bila dah masak,masukkan dlm mangkuk dan tabur daun sup,daun bawang serta bawang goreng dalam sup tadi.

Masa untuk makan..

..FeTTuCiNi CaRbOnArA cEnDaWaN..


18/2/2011 - Salam semua..hari ni teringin nak makan pasta.kebetulan barang-barang semua dah ada.senang sangat nak buatnye..buka tin dan panaskan..dah boleh makan..hehehe..enjoy..

Bahan-bahan :
Fettucini 
Sos Carbonanara Cendawan Prego
Isi ayam - hiris nipis (optional)
daun sup - hiris nipis (optional)

Cara-cara :
1.Rebus fettucini (ikut arahan belakang peket).toskan.
2.Panaskan sos carbonara (boleh tambah air jika tak suka pekat) dan masukkan isi ayam.biarkan hingga isi ayam masak.
3. Letakkan fettucini tadi dlm pinggan dan simbahkan dengan sos.taburkan daun sup.
4. Siap untuk dimakan..

..KeRaBu AyAm..

Resepi paling senang dan cepat nak sediakan..sedap mkn dgn nasi panas2..

Baha-bahan :
Ayam (bahagian dada)
Su'un @ Suhun
Pes tomyam
Air limau nipis
Bunga kantan - hiris nipis
Daun kesum - hiris nipis
Bawang besar - hiris nipis
Cili api - hiris
Perasa - garam & gula

Cara-cara :
1.Rebus isi ayam dan koyakkan kecil-kecil.
2.Celur su'un hingga kembang.
3.Satukan ayam,su'un dan semua bahan-bahan lain dalam mangkuk dan gaulkan hingga rata.
4.Siap utk dimakan.

..AgAr-AgAr LaPis PeLanGi..


Salam semua..dlm keadaan cuaca yg panas skarang,tekak ni pun nak makan yg sejuk2 je..so,tehasil la agar2 yang sejuk dipandang dan dimakan ni..hahahaha..bukan senang nak buat.kalau ikut hati yg tak reti sabar ni (keje semua nak cepat je),mmg takkan jadi la agar2 ni..ini adalah cubaan kedua setelah gagal pada cubaan pertama.macam2 hal yg terjadi masa cubaan pertama.disebabkan aku 'yakin boleh',hr JUMAAT lepas,aku try lg utk kali kedua dan ALHAMDULILLAH..akhirnya jadi juga walaupun tak cantik mana..kena perbaiki lagi ni..ape pun,jom share resepi..tq ye tuan resepi - Aziemas dan sori sbb ade ubah sikit..pandai2 je kan..jgn marah ye..

Bahan-bahan A :
10g agar-agar (aku guna agar-agar tali)
950ml air
150g gula
Pewarna - merah,kuning,pink & biru (ikut suka)
Daun pandan

Bahan-bahan B :
10g agar-agar (aku guna agar-agar tali)
750ml air
150g gula
200ml santan
Garam
Daun pandan

Cara-cara :
Bahan2 A
1.Masak agar-agar hingga hancur.masukkan gula dan daun pandan.masak hingga gula hancur.
2.Tapiskan dan biarkan atas api kecil (elakkan dari keras).
Bahan2 B
1.Masak agar-agar hingga hancur.masukkan gula dan daun pandan.masak hingga gula hancur.
2.Masukkan santan yg telah dicampur sedikit garam dan kacau hingga masak.
3.Tapiskan dan biarkan atas api kecil (elakkan dari keras).
Cara melapis:
1.Sukat 200ml agar-agar A dan campurkan pewarna.masukkan dlm loyang.biarkan hingga agak keras.
2.Bila dah agak keras,cucuk permukaan lapisan td dgn garfu (utk melekatkan lapisan agar-agar).
3.Sukat 200ml agar-agar B (bersantan) dan tuangkan atas lapisan agar-agar A tadi.biarkan hingga agak keras.
4.Ulangi langkah 1-3 hingga habis.
(jgn lupa letak pewarna dlm setiap lapisan agar-agar A dan cucuk setiap permukaan lapisan dgn garfu).

Selamat mencuba dgn penuh kesabaran...
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 
- versi dah potong
         
- suke2 je.lebihan agar2..

February 19, 2011

..Homemade Pop Corn..

Salam semua..dah lama betul tak update.tak sempat..lately ni pun selalu sakit kepala.tu yg malas 'tenung' laptop..so,bila dah rasa segar dan sihat sikit,tangan ni pun mula la gatal2 nak update blog ni..sebagai permulaan,bg resepi yg mudah2 dulu..buat ptg tadi..very simple..cuba la..


Cara-cara :

1.Masukkan marjerin/minyak dlm kuali/periuk.tunggu hingga panas dan masukkan biji jagung (biji jagung ni boleh beli di supermarket)


2. Tutup kuali/periuk tadi rapat2 dan biarkan biji jagung tadi masak.(biji jagung akan pecah dan bunyi 'pop'..suke time ni..)..bile bunyi 'pop' tu dah stop dan jagung tadi tukar jd putih,tutup api.

 

3.Siap dah.penuh sekuali.boleh ditambah perisa yg disukai..


February 12, 2011

..Kek MarBle..



Sabtu - Aktiviti mem'baking' diteruskan.kali ni,buat kek marble lagi tp resepi ikut yg cikgu bagi mase kursus 2 minggu lepas.akhirnya,dapat juga corak marble yg diidamkan selama ni..alhamdulillah.cume tak puas hati sikit sebab kek merekah.kenapa agaknye ye??emmmm...ape pun,usaha akan diteruskan lagi utk mendapatkan kek yg lebih cantik pd mase akan datang..yakin boleh!!

Bahan-bahan
250g mentega
230g gula kastor
2 sudu teh ovalette
4 biji telur
270g tepung superfine (tepung rose)
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 sudu teh coklat emulco

Cara-cara
1. Ayak tepung dan baking powder.ketepikan.
2. Putar mentega,gula dan ovalette hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.teruskan memutar adunan.
4. Masukkan tepung dan susu pekat.putar hingga sebati.
5. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian.1 bahagian dibiarkan begitu shj dan 1 bahagian lagi ditambah dgn serbuk koko,susu segar dan coklat emulco (kacau rata)
6. Sudukan adunan tanpa koko di tengah loyang diikuti dgn adunan koko,silih berganti hingga habis.
7. Bakar pada suhu 180 C selama 45-50 min @ hingga masak.