February 12, 2011

..Kek MarBle..



Sabtu - Aktiviti mem'baking' diteruskan.kali ni,buat kek marble lagi tp resepi ikut yg cikgu bagi mase kursus 2 minggu lepas.akhirnya,dapat juga corak marble yg diidamkan selama ni..alhamdulillah.cume tak puas hati sikit sebab kek merekah.kenapa agaknye ye??emmmm...ape pun,usaha akan diteruskan lagi utk mendapatkan kek yg lebih cantik pd mase akan datang..yakin boleh!!

Bahan-bahan
250g mentega
230g gula kastor
2 sudu teh ovalette
4 biji telur
270g tepung superfine (tepung rose)
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 sudu teh coklat emulco

Cara-cara
1. Ayak tepung dan baking powder.ketepikan.
2. Putar mentega,gula dan ovalette hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.teruskan memutar adunan.
4. Masukkan tepung dan susu pekat.putar hingga sebati.
5. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian.1 bahagian dibiarkan begitu shj dan 1 bahagian lagi ditambah dgn serbuk koko,susu segar dan coklat emulco (kacau rata)
6. Sudukan adunan tanpa koko di tengah loyang diikuti dgn adunan koko,silih berganti hingga habis.
7. Bakar pada suhu 180 C selama 45-50 min @ hingga masak.

No comments:

Post a Comment