February 10, 2011

..BroWnieS..





Setelah lame 'menyepikan' diri,aku kembali dgn resepi..cewaaahhhh..lame betul tak update resepi ni..sibuk ntah ape2..kali ni,aku buat BROWNIES..resepi 'cilok' dari fp kak RINNCHAN (di sini) macam2 resepi ada..best2 belaka.jgn marah ye kak RINN.adik 'skodeng' dan 'cilok' resepi akak..hehehe
emmm,berbalik pd brownies td,ni percubaan pertama tau..dah lama nak try buat tp hajat asyik tak kesampaian..so,kesempatan yg ade semalam telah dipenuhi dgn membuat brownies..tak la susah mane..hasilnye,amat la berbaloi2..sedap..kaya dengan rasa coklat..i like..layannn...

BAHAN A:
250gm butter - dipotong kecil-kecil
400gm cooking chocolate - dipotong kecil-kecil

BAHAN B:
6 biji telur
340gm brown sugar
2tsp esen vanilla
20gm chocolate emulco

BAHAN C:
80gm tepung gandum } diayak
60gm cocoa powder }
140gm kacang walnut/pecan/ almond/macadamia (optional)-bakar dan gaul bersama tepung gandum dan serbuk koko

1. Panaskan oven suhu 160 darjah celcius. Sediakan loyang 11"x11" dan alas dgn kertas gris.
2. Double boil BAHAN A (butter dan chocolate) hingga cair , ketepikan biar suam sikit.
3. Pukul BAHAN B (telur, gula, esen dan chocolate emulco) hingga gula hancur - guna hand whisk sahaja.
4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul sebati.
5. Masukkan tepung+serbuk koko+kekacang dan digaul lagi hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang ke dalam acuan dan bakar 160 darjah celcius selama 50 minit-1jam (bergantung pada oven).
7. Setelah masak, biarkan dalam acuan hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
**copy paste dr fp kak RINN.malas nak taip.jgn marah ye kak..

No comments:

Post a Comment