February 10, 2011

..Bun KacaNg HiTam..



Alhamdulillah..akhirnya terhasil la bun kacang hitam ni selepas seminggu 'tenung' resepi yg cikgu bagi mase kursus 2 minggu lepas.bukan ape,tak berapa yakin sebenanrnye.tapi,kalau tak try,mana nak tau hasilnye kan..so,disebabkan semangat yg membuak-buak itu la aku try juga.jd tak jd belakang kira.yg penting kena try.hasilnye mmg tak mengecewakan.senyum je famili makan.sukenye hati ni tak terkata.tak sia-sia la aku attend kursus hari tu..memang berbaloi-baloi..hehehe

Bahan-bahan
500g tepung high protein
120g gula kastor
5g     garam
8g     yis
15g   susu tepung
5g     improver
5g     softener
1 biji  telur
250g  air ais
60g    lemak sayur
Inti kacang merah
Kuning telur
Bijan

Cara-cara
1. Gaul tepung dgn yis hingga sebati selama 1 minit.
2. Masukkan gula kastor,garam,susu,improver dan softener.Gaul selama 1 minit.
3. Masukkan telur dan air.Gaul hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan lemak sayur.Uli hingga tak melekat di tangan.
5. Bulat-bulatkan doh dan isi inti.Biarkan naik (lebih kurang 45 minit).
6. Sapukan kuning telur dan tabur bijan di atasnye.
7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15-25 minit @ hingga masak..


No comments:

Post a Comment