April 20, 2012

..Apam Polkadot Dot Dot Dot..


Salam sejahtera buat semua.hari ni hari JUMAAT.hari yang sangat aku suka sebab aku cuti..yahoooo..kalau  dah cuti-cuti ni tekak pun mula la teringin nak makan macam-macam..ala-ala orang ngidam gitu..dalam banyak-banyak makanan yang ada,teringin sesangat nak makan APAM POLKA DOT..haaaaaa,apa lagi,laju je la tangan ni menggodek resepi dan jeng,jeng,jeng..inilah hasilnya..rasa sedap tp kurang gebu dan rupa pun kurang cun..ada la tersilap kat mana-mana..akan diperbaiki kalau buat lagi lepas ni..hehehehe
apa-apa pun,layan je la..


APAM POLKADOT

Bahan :
3 biji telur (sejuk)
220g gula halus
150ml susu segar/susu sejat
1 sudu kecil ovalet
*275g tepung gandum
*3 sudu kecil baking powder - ayak bersama bahan bertanda *
1 sudu kecil esen vanila
**pewarna
**filling       - **ikut citarasa masing-masing

Cara :
1. Satukan telur,gula dan ovalet.Pukul hingga kembang dan berkrim.
2. Masukkan tepung dan susu berselang seli hingga habis.
3. Masukkan esen vanila dan gaul sebati.
4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan (ikut citarasa)
5.Masukkan adunan ke dalam piping bag.
6.Letakkan cup ke dalam acuan lompang ataupun bekas yg sesuai dengannya.
7.Paipkan adunan ke dalam cup (setengah) dan masukkan filling di tengahnya.
8.Paipkan semula adunan hingga memenuhi cup.
9.Akhir sekali,paipkan dot-dot di atas adunan tadi.
(nak dot-dot pun boleh,lukis anngry bird/ladybird pun boleh.ikut kreativiti masing-masing)
10.Kukus lebih kurang 10 - 15 minit (api perlahan).
Siap sudah..

April 18, 2012

..PuDiNg KaRaMeL LaPiS CoKLat..

Alhamdulillah..eksperimen telah berjaya..jom kawan2,kita makan PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT..tapi kan,coklat tu telah ku ubah ke perisa coffee..aci la ekk..apa nak buat,masa semangat tengah membara nak bancuh puding ni rupa2nya coklat habis..sebab tak nak hampakan diri sendiri yang tengah bersemangat waja,ku capai aje la coffee emulco yang ada depan mata..coffe pun coffee la..sedap juga rasanya ..tak percaya??cuba dulu baru tau..hehehehe..
Resepi ni 'dicilok' di sini..halal ye kak saya copy & paste resepi ni..malas bebeno nak menaip..hehehe



PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT
Bahan:-
(A)
1 tin susu cair 
5 sudu bear gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila

(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
1 sudu besar coffee emulco (bahan asal : 4 sudu besar serbuk koko)

(C)
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu

Cara Membuat:-
  1. Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
  2. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci (*ummi guna loyang bulat berdiameter 7 inci).
  3. Bahagi dua setiap adunan dan tuangkan separuh dari adunan A dalam loyang.
  4. Kukus selama 5 minit atau hingga masak.
  5. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.

April 16, 2012

..Tentang Rasa..

Kalau tadi aku publish resepi KEK TIGA RASA,sekarang nak publish lagu TENTANG RASA pula.hari ni hari RASA sedunia untuk aku..rasa apa??entah la,aku pun takde jawapannya..macam-macam rasa dalam hati ni..apa pun,jom layan jiwang dengan lagu ni..

      

..TeNtAnG rAsA..

aku tersesat menuju hatimu
beri aku jalan yang indah
izinkanku lepas penatku
tuk sejenak lelap di bahumu

dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
semoga cinta kita kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya

tentang cinta yang datang perlahan
membuatku takut kehilangan
kau titipkan cahaya terang
tak padam didera goda dan masa

dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
dapatkah selamanya kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya

..KeK TiGa RaSa..



Salam semua..
Sempena meraikan hari yg berbahagia ini (bahagia sebab terlepas dari 'ikatan' kemalasan),jom kita kongsi KEK TIGA RASA ni sama-sama..tapi,korang boleh tengok je la ye..kami kat sini yang pulun makan sampai habis..memang sah-sah la dah habis pun sebab resepi tertunda.dah draf lama tapi lupa publish daaaaaa..hahaha
Kek ni sebenarnya kek marble biasa je tapi telah ditambah dengan warna-warna dan juga perisa-perisa tambahan untuk memeriahkannya..nak makan pun kena meriah-meriah juga kan..baru la berselera sikit..tak gitu??gitu-gitu la adanya..  :-)
Jom kita kongsi apa yang patut..salah dan silap harap dimaafi..


Bahan-bahan
250g marjerin
200g gula
5 biji telur
* 250g tepung gandum
* 1 sudu teh soda bikarbonat
* 1 sudu teh baking powder
(bahan * - diayak bersama)
1 sudu teh esen vanila
pewarna hijau + pandan paste
pewarna merah + strawberry paste
coklat emulco


Cara-cara
1.Satukan marjerin dan gula.Pukul hingga kembang.
2.Masukkan telur satu per satu serta esen vanila dan pukul lagi hingga rata.
3.Masukkan tepung dan pukul hingga sebati.
4.Setelah sebati,bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
5.Campurkan setiap bahagian adunan tadi dengan sedikit pewarna dan juga perisa (ikut kesukaan masing2)
6.Lenser loyang dgn marjerin dan lapik dengan kertas minyak.
7.Sudukan adunan berwarna tadi berselang-seli hingga habis.
8.Bakar dalam suhu 170C selama + 45 minit atau sehingga masak.





April 15, 2012

Akhirnya...

Akhirnya,aku tergerak hati dan menggagahkan diri nak update blog yg dah hampir 'pupus' ni..kalau ikutkan diri yg malas tahap dewa + gaban ni,mmg tak berusik la blog ni..kesian2..
Untuk permualaan setelah sekian lama 'berdiam diri',layan je la lagu ni dulu ye..INSYAALLLAH kalau panjang umur,akan menyusul resepi pada hari2 yg akan datang..doakan kerajinan aku akan bertambah ye..hehehehe


**layan dulu lagu favourite aku ni..

..TeRuKiR di BiNtAnG..

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia


Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan... kamu...


Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


June 3, 2011

..aGaR-aGaR MaNGGa..


Salam semua.lame betul tak jenguk blog ni.memanjang tak sempat.lepas dari bercuti seminggu hari tu,bz memanjang.macam-macam kena buat.penat sesangat..jadi bila dah ada kesempatan ni,aku merajinkan la diri ni untuk update blog yang dah 'bersawang' dan 'berhabuk' ni..hehehe
so,untuk pembukaan kali ni aku hidangkan agar-agar mangga @ pelam bersempena dengan musim mangga kat kedah ni.dah tak tau nak buat ape.banyak sangat.lagipun dalam keadaan panas-panas sekarang ni,makan pula agar-agar yang sejuk ni,nyaman je masuk tekak..best kan..apa lagi,jom tengok resipi..

Bahan-bahan
20g agar-agar
1300ml air
1/2 cawan gula (boleh tambah/kurang - ikut suka)
*200ml air
*2 cawan isi mangga (*kisar hingga halus)

Cara-cara
1. Masukkan agar-agar dan air dalam periuk dan masak hingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan biar larut.
3. Masukkan mangga yang telah dikisar dan biarkan hingga masak.
4. Masukkan dalam acuan dan biarkan hingga mengeras.sejukkan dalam peti sejuk.

May 9, 2011

..I'm back..


Hai..I'm back...lama betul tak update blog ni..maklum la,last week cuti seminggu.so,bila dah cuti,malas la nak online.bila tak online,tak dapat la nak update blog segala..bukan apa,malas sebenarnye nak angkut lappy ni sepanjang bercuti hari tu..lagipun dah alang2 bercuti untuk merehatkan diri dan minda,bercuti juga la dari mengadap lappy ni..kasi cerah mata..hehehe..
mmg enjoy bercuti hari tu..rase macam nak tambah jadi 2-3 minggu..baru puas.haha..pengsan bos kalau aku apply cuti sampai 2-3 minggu.seminggu tu pun dah besar tuah la dia nak bagi..ape pun,mmg best cuti kali ni..selain p makan angin kat Cameron Highland,aku juga berpeluang melawat saudara mara di kampung..maklumlah,dah 6 tahun tak jejak kaki ke kampung..bkn lupa daratan tau tapi ada la sebab yang tak dapat dielakkan..
kesimpulannya,kenangan bercuti kali ni akan menjadi moment terindah dalam hidupku yang tak akan aku lupakan sampai
bila-bila..

April 27, 2011

..Masak Lemak Taugeh..

Menu sayur untuk lunch.wajib dihidang bersama dengan menu ni semestinya nasi panas,ikan goreng berlada/sambal dan sambal belacan.baru rasa puas makan.simple2 je pun.layaaann..

Bahan-bahan
1 mangkuk taugeh
1 mangkuk cendawan tiram  
3 ketul tauhu - dibelah 4
1 peket fishbal - dibelah 2
1 kotak kecil santan (200ml)
Air secukupnya
1 biji bawang besar - dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Satukan cendawan,tauhu,fishball,bawang besar,serbuk kunyit dan air secukupnya dalam periuk.Masak hingga mendidih.
2. Bila mendidih,masukkan santan dan bahan perasa secukup rasa.Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala.
3. Akhir sekali masukkan taugeh dan cili merah.Biarkan masak sekejap dan boleh matikan api.

April 26, 2011

..Menu Dinner 2 - Tempura Ikan Bilis..


Menu kedua untuk malam ni..tempura ikan bilis atau lebih senang sebut ikan bilis celup tepung..bukan ikan bilis yang kering tu tau.ni guna ikan bilis fresh punye.nanti ada yang gelakkan aku pulak kalau tak bagitau..hehehe..senang je nak buatnye.tepung pun guna yang segera je..rangup dan sedap ok..tak sedar dah makan banyak..hahaha

Bahan-bahan
20 ekor ikan bilis segar (saiz sederhana)
5 sudu besar tepung goreng segera
Air secukupnya
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Bersihkan ikan dan toskan.
2. Masukkan tepung,garam dan air dalam mangkuk dan gaul sebati (bancuhan jangan terlalu pekat)
3. Panaskan minyak dalam kuali.
4. Celupkan ikan dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan dan masak.Buat hingga habis.
5. Angkat dan boleh dihidangkan.

..Menu Dinner 1 - Nasi Goreng Pedas..


Senang,cepat dan mengenyangkan..tu je yang dapat aku kata untuk menu dinner malam ni..selalunya kalau makan nasi goreng ni mesti makan dengan ulam timun dan telur goreng mata kerbau.tapi malam ni ada perubahan sikit.boring juga kan kalau asyik benda yang sama je.so untuk malam ni,add on la sikit dengan tempura ikan bilis..yummylicious..jom dinner..

Bahan-bahan
1 mangkuk besar nasi
1 biji bawang besar
5 sudu besar cili kisar
2 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan cili kisar hingga cili garing.
2. Masukkan telur dan biarkan sebentar.
3. Masukkan nasi dan gaul hingga rata.Tambah garam secukup rasa.
4. Biarkan atas api sederhana dan sesekali dikacau hingga nasi masak elok dengan rasa yang sepatutnya.
5. Siap dihidangkan dengan menu iringan..




April 22, 2011

..PuDiNG RoTi MaRBLe..

Hari-hari cuti yang indah sebegini takkan bermakna kalau aku dok melangut saja.jadi,untuk mengisi waktu-waktu terluang ni,aku merajinkan diri membuat puding.semuanya gara-gara berkenan kan puding yang kawan aku tayang dalam FB dia.pujuk-pujuk dapat la resipi.rupa-rupanya dia ambik tu resipi kat sini.


Alhamdulillah,projek berjalan dengan lancar dan hasilnya amatlah memuaskan hati.rasanya semestinya la sesedap rasa.tapi sorry ye tuan resipi..ada sikit perubahan bahan sebab ada barang yang takde..hehe

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 sudu besar susu pekat
170ml susu cair
10g agar-agar tali
650ml air
1/2 cawan gula (boleh kurangkan)
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
1. Satukan agar-agar dan 600ml air.masak hingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan masak hingga gula larut.
3. Kisar roti,telur,susu pekat,susu cair dan baki air (50ml) hingga halus dan masukkan dalam periuk agar-agar tadi.
4. Masukkan butter yang telah dicairkan dan kacau rata hingga mendidih.Matikan api.
5. Bahagi kepada dua bahagian.1 bahagian biarkan warna asal dan ditambah esen vanila manakala 1 bahagian lagi ditambah dengan coklat emulco.kacau rata.
6. Tuang adunan secara berselang seli antara warna asal dan warna koko.buat hingga habis.
(proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan cepat sejuk dan membeku)
7. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam.
Sedap dimakan sejuk.

..Sup Daging + Daging Tetel..


 
Masak simple je hari ni.sup daging + daging tetel.sebut pasal daging tetel ni,kat tempat tinggal aku kalau pegi pasar minta daging tetel,mesti ternganga mulut pakcik jual daging tu sebab diorang tak tau.diorang kat sini panggil daging hancur.adik aku pernah kena dah sekali.bila minta daging tetel,pakcik tu kata tak jual.padahal berlambak daging tu kat depan mata dia.nasib baik la adik aku ni tau rupa daging tetel tu mcm mana kan.kalau tak haru.hahaha..susah juga kalau tak sama nama ni ye..kat sana nama lain,kat sini nama lain padahal bendanya sama je.emmm,boleh mengelirukan.
kali ni tengok gambar je la ye.sebelum ni dah pernah buat sup tulang kat sini.resipinye sama je cuma gantikan tulang dengan daging..so,enjoy your food..

April 21, 2011

..Menu Makan Malam - Mee Atuk..

Ni dia,entri last utk hari ni..menu dinner tadi.disebabkan i'm on DIET (yelah sangat),makan MEE ATUK ni je la..tidak berminyak.so,baik untuk kesihatan..hehehe..
Resipi terun temurun dari arwah atuk aku..tp ada la perubahan sikit..seiring dengan peredaran zaman kan.resipi ni cukup la untuk 5-6 orang makan.kalau nak lebih,tambah la kuantiti bahan-bahan tu..tak mau cakap banyak la sebab dah ngantuk..layann resipi..

Bahan-bahan
5 keping mee kering (CINTAN)
4 ulas bawang putih - ketuk dan cincang halus
1 tangkai cili merah - hiris nipis
Perencah - sotong
1 ikat sawi - asingkan daun dan batang
1 mangkuk taugeh
*3 ketul tauhu
*3 keping fishcake
*1 bungkus fishball - *potong kecil
5 biji telur
2 sudu besar serbuk lada putih (optional)
Gula dan garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali mee,sawi (daun),taugeh dan telur.biarkan atas api hingga mendidih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.biarkan selama 5 minit.
3. Masukkan mee dan biarkan hingga mee lembut (kembang),masukkan sawi dan taugeh.Tutup api.
4. Sedia dimakan..

..BauLu KeMBoJa DuRiaN..

Macam pelik je kan nama kuih ni tp mmg itulah nama betulnya.pelik tapi benar.kuih ni sebenarnya iras-iras kuih bakar je.rupa dgn rasa sipi-sipi je pun cuma nama tu je yang lain.tak tau la pulak kenapa dapat nama begitu.tak kuasa nak kaji pun.hahaha..
Apa yang penting,rasanya sedap.tu dah cukup.yang lain-lain,tolak tepi je la ye..buat kali ni,ada perisa tambahan.kebetulan ada lebihan durian,campur aje.lagi meletup rasanya..ok kawan-kawan,jom semak resipi..

Bahan-bahan
10 biji telur
1 mangkuk tepung gandum
2 mangkuk gula
1 mangkuk santan pekat
*1 mangkuk air
*5 helai daun pandan 
(*blend dan tapis.dapatkan 1 mangkuk air pandan)
3-4 ulas isi durian - buang biji
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit minyak

Cara-cara
1. Masukkan telur,gula,santan,isi durian dan garam dalam pengisar dan kisar hingga halus.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan air dan kisar lagi hingga adunan sebati.
3. Tambahkan pewarna hijau dan gaul sebati.
4. Masukkan minyak ke dalam loyang dan dipanaskan atas api.Bila cukup panas,masukkan adunan yang telah dibancuh tadi ke dalam loyang tersebut.Biarkan 1 minit.
5. Masukkan loyang tadi ke dalam oven dan bakar hingga kekuningan/masak.
6. Biarkan sejuk sebelum dipotong..



April 20, 2011

..Aku Gembira.Rupa-rupanya Itu BLOG Aku..

Go to fullsize image

ALHAMDULILLAH..20/4/2011 tarikh yang akan aku kenang sebagai tarikh keramat kerana pada hari inilah blog aku telah di'follow' oleh blogger2 terkenal..suke sangat..kembang kempis hidung sebab seronok..hahaha..
mulanya mmg aku sendiri tak perasan pun.so boring2 tak tau nak buat apa,aku pun mengintai la dari satu blog ke satu blog yang menarik perhatian..mula2 baca blog Sunah Muhammad pasal kisah pilih antara BA dgn AB (di sini).bagai ditarik-tarik,aku lompat pula ke blog Puteri Katek (di sini).bersemangat baca sampai habis.disebabkan rasa teruja nak tengok blog sape la yang 'bertuah' membariskan blogger2 terkenal tu duduk sebaris sbg followers,aku pun klik la.klik2,keluar blog aku..aik..musykil juga mula2 tu.betul ke??.tak puas hati,rewind balik pas tu klik lagi,blog aku juga yg keluar.waaa,mmg sah la blog aku sebenarnya yang bertuah tu..sukenye..
paling seronok,jumlah followers pun naik 2 kali ganda dari yang asal..alhamdulillah..terima kasih tak terhingga kepada Sunah Muhammad dan Puteri Katek..jasamu dikenang..sayang korang semua..mmmuuaahhh...


April 19, 2011

..PuLuT OH PuLuT..

- PULUT DURIAN-

- PULUT IKAN MASIN-

Mai makan pulut pulak..boleh pilih mana satu berkenan..pulut durian ke pulut ikan masin..kalau aku,dua2 pun aku tibai..rugi la kalau makan satu je kan.wajib la merasa dua2.enjoy..



April 17, 2011

..SeRaWa DuRiaN & DaDaR..

Durian oh durian..raja segala buah.siapa yang tak makan,memang rugi.tapi kalau makan,jangan banyak-banyak sebab nanti kepanasan melanda.silap-silap boleh demam.walaupun kat sini belum musim tapi kat tepi-tepi jalan dah berlambak orang menjual.macam pesta gitu.mana la hati tak teringin nak beli kalau kiri kanan jalan ada orang menjual.'terbeli' juga la sudahnya..hahaha
tapi durian yang ini ayah aku bawa balik dari muar,johor.jauh mai punya.bila dah ada durian kat rumah,2 menu ni wajib la dibuat.senang je pun.jom memasak..

SERAWA DURIAN
Bahan-bahan
1 biji durian - ambil isinya
1 cawan gula
500ml santan
1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung
Secubit garam
1 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara
1. Satukan isi durian,gula,santan,air dan daun pandan dalam satu periuk dan masak atas api sederhana hingga mendidih.
2. Masukkan secubit garam dan kacau sebentar.
3. Masukkan tepung jagung (bancuh dgn sedikit air) dan kacau hingga kuah pekat.
4. Matikan api dan boleh dihidangkan.
(Kuantiti gula boleh ditambah/dikurang mengikut kemanisan yang disukai)

DADAR
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2-3 cawan air
2 biji telur
2 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Satukan semua bahan kecuali air dalam satu bekas dan gaul sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat kepekatan yang sesuai.Biarkan sebentar.
3. Panaskan kuali dan lenserkan dgn minyak.
4. Tuang satu senduk bancuhan tadi dan ratakan.
5. Masak dengan api perlahan hingga permukaannya pucat dan tepinya renggang dari kuali.
6. Alihkan ke atas pinggan dan lipat/gulung dengan kemas.
7. Buat hingga bancuhan habis..

April 3, 2011

..Marmer @ Marble Chiffon Cake..


Selalunye asyik buat chiffon pandan je.kali ni sengaja mencabar diri sendiri untuk buat kek chiffon marble pulak.Alhamdulillah,menjadi juga walaupun tak secantik kek Kak Rima (di sini).Ape pun,terima kasih kerana sudi berkongsi resipi.kepada Kak Hana,thanks sebab sudi translate resipi ni untuk kemudahan bersama.boleh tengok resipi tu di sini..sifu2 belaka diorang ni..mesti tergoda tengok produk yang mereka hasilkan..layan..


Bahan-bahan
Bahan A
7 biji telur putih
1/2 sudu teh cream of tartar
100g gula
Bahan B
7 biji kuning telur
100g gula
175g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
75ml minyak masak
150ml susu segar
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 170C.
2. Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk . Masukkan susu segar dan juga minyak. Kemudian masukkan tepung dan juga baking powder yang telah diayak. Kacau sebati. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur dan juga cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memutar sehingga soft peak (terbalikkan adunan tak jatuh)
4. Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Kacau sebati perlahan-lahan. Kemudian satukan semua dan kacau sebati lagi perlahan-lahan.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan juga coklat emulco. Sebatikan.
6. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. (Loyang tak perlu di gris minyak/butter).
7. Bakar selama 45 minit. Sejurus keluar dari oven terbalikkan loyang dan biarkan sejuk baru sisip kek dengan pisau.
8. Potong dan hidangkan.

April 2, 2011

..Menu Lunch 2 - Singgang Ikan..

Satu lagi menu untuk lunch hari ni..untuk hirup2.kuahnya yg sedikit masam mmg menyelerakan..

Bahan-bahan
6 ekor ikan pelata - disiang dan dicuci bersih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar - dimayang
4-5 keping asam keping
Air dan perasa secukupnya

Cara-cara
1. Satukan semua bahan dalam periuk.
2. Kacau dan biarkan hingga mendidih dan masak.
(Boleh ditambah atau dikurangkan asam keping - mengikut selera masing-masing)



..Menu Lunch 1 - GoReNG BeRLaDa PaRu..


Ni dia menu simple untuk lunch tadi..goreng berlada paru (kelempung)..ringkas dan mudah disediakan..

Bahan-bahan
1/2 kg paru - direbus dan hiris nipis
3 sudu besar cili kisar
3 biji bawang besar - hiris bulat
1 tangkai cili merah - hiris nipis
2 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
1 sudu besar serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara
1. Gaul paru yg telah direbus dan dihiris nipis tadi dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng paru hingga masak.Tidak perlu terlalu garing.Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan cili kisar hingga garing.
4. Masukkan perasa dan air asam jawa secukup rasa.
5. Masukkan paru tadi dan kacau sebati.
6. Masukkan bawang besar dan cili yang telah dihiris tadi.Kacau hingga bawang layu.
7. Siap untuk dihidangkan..