April 21, 2011

..BauLu KeMBoJa DuRiaN..

Macam pelik je kan nama kuih ni tp mmg itulah nama betulnya.pelik tapi benar.kuih ni sebenarnya iras-iras kuih bakar je.rupa dgn rasa sipi-sipi je pun cuma nama tu je yang lain.tak tau la pulak kenapa dapat nama begitu.tak kuasa nak kaji pun.hahaha..
Apa yang penting,rasanya sedap.tu dah cukup.yang lain-lain,tolak tepi je la ye..buat kali ni,ada perisa tambahan.kebetulan ada lebihan durian,campur aje.lagi meletup rasanya..ok kawan-kawan,jom semak resipi..

Bahan-bahan
10 biji telur
1 mangkuk tepung gandum
2 mangkuk gula
1 mangkuk santan pekat
*1 mangkuk air
*5 helai daun pandan 
(*blend dan tapis.dapatkan 1 mangkuk air pandan)
3-4 ulas isi durian - buang biji
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit minyak

Cara-cara
1. Masukkan telur,gula,santan,isi durian dan garam dalam pengisar dan kisar hingga halus.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan air dan kisar lagi hingga adunan sebati.
3. Tambahkan pewarna hijau dan gaul sebati.
4. Masukkan minyak ke dalam loyang dan dipanaskan atas api.Bila cukup panas,masukkan adunan yang telah dibancuh tadi ke dalam loyang tersebut.Biarkan 1 minit.
5. Masukkan loyang tadi ke dalam oven dan bakar hingga kekuningan/masak.
6. Biarkan sejuk sebelum dipotong..



April 20, 2011

..Aku Gembira.Rupa-rupanya Itu BLOG Aku..

Go to fullsize image

ALHAMDULILLAH..20/4/2011 tarikh yang akan aku kenang sebagai tarikh keramat kerana pada hari inilah blog aku telah di'follow' oleh blogger2 terkenal..suke sangat..kembang kempis hidung sebab seronok..hahaha..
mulanya mmg aku sendiri tak perasan pun.so boring2 tak tau nak buat apa,aku pun mengintai la dari satu blog ke satu blog yang menarik perhatian..mula2 baca blog Sunah Muhammad pasal kisah pilih antara BA dgn AB (di sini).bagai ditarik-tarik,aku lompat pula ke blog Puteri Katek (di sini).bersemangat baca sampai habis.disebabkan rasa teruja nak tengok blog sape la yang 'bertuah' membariskan blogger2 terkenal tu duduk sebaris sbg followers,aku pun klik la.klik2,keluar blog aku..aik..musykil juga mula2 tu.betul ke??.tak puas hati,rewind balik pas tu klik lagi,blog aku juga yg keluar.waaa,mmg sah la blog aku sebenarnya yang bertuah tu..sukenye..
paling seronok,jumlah followers pun naik 2 kali ganda dari yang asal..alhamdulillah..terima kasih tak terhingga kepada Sunah Muhammad dan Puteri Katek..jasamu dikenang..sayang korang semua..mmmuuaahhh...


April 19, 2011

..PuLuT OH PuLuT..

- PULUT DURIAN-

- PULUT IKAN MASIN-

Mai makan pulut pulak..boleh pilih mana satu berkenan..pulut durian ke pulut ikan masin..kalau aku,dua2 pun aku tibai..rugi la kalau makan satu je kan.wajib la merasa dua2.enjoy..



April 17, 2011

..SeRaWa DuRiaN & DaDaR..

Durian oh durian..raja segala buah.siapa yang tak makan,memang rugi.tapi kalau makan,jangan banyak-banyak sebab nanti kepanasan melanda.silap-silap boleh demam.walaupun kat sini belum musim tapi kat tepi-tepi jalan dah berlambak orang menjual.macam pesta gitu.mana la hati tak teringin nak beli kalau kiri kanan jalan ada orang menjual.'terbeli' juga la sudahnya..hahaha
tapi durian yang ini ayah aku bawa balik dari muar,johor.jauh mai punya.bila dah ada durian kat rumah,2 menu ni wajib la dibuat.senang je pun.jom memasak..

SERAWA DURIAN
Bahan-bahan
1 biji durian - ambil isinya
1 cawan gula
500ml santan
1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung
Secubit garam
1 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara
1. Satukan isi durian,gula,santan,air dan daun pandan dalam satu periuk dan masak atas api sederhana hingga mendidih.
2. Masukkan secubit garam dan kacau sebentar.
3. Masukkan tepung jagung (bancuh dgn sedikit air) dan kacau hingga kuah pekat.
4. Matikan api dan boleh dihidangkan.
(Kuantiti gula boleh ditambah/dikurang mengikut kemanisan yang disukai)

DADAR
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2-3 cawan air
2 biji telur
2 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Satukan semua bahan kecuali air dalam satu bekas dan gaul sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat kepekatan yang sesuai.Biarkan sebentar.
3. Panaskan kuali dan lenserkan dgn minyak.
4. Tuang satu senduk bancuhan tadi dan ratakan.
5. Masak dengan api perlahan hingga permukaannya pucat dan tepinya renggang dari kuali.
6. Alihkan ke atas pinggan dan lipat/gulung dengan kemas.
7. Buat hingga bancuhan habis..

April 3, 2011

..Marmer @ Marble Chiffon Cake..


Selalunye asyik buat chiffon pandan je.kali ni sengaja mencabar diri sendiri untuk buat kek chiffon marble pulak.Alhamdulillah,menjadi juga walaupun tak secantik kek Kak Rima (di sini).Ape pun,terima kasih kerana sudi berkongsi resipi.kepada Kak Hana,thanks sebab sudi translate resipi ni untuk kemudahan bersama.boleh tengok resipi tu di sini..sifu2 belaka diorang ni..mesti tergoda tengok produk yang mereka hasilkan..layan..


Bahan-bahan
Bahan A
7 biji telur putih
1/2 sudu teh cream of tartar
100g gula
Bahan B
7 biji kuning telur
100g gula
175g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
75ml minyak masak
150ml susu segar
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 170C.
2. Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk . Masukkan susu segar dan juga minyak. Kemudian masukkan tepung dan juga baking powder yang telah diayak. Kacau sebati. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur dan juga cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memutar sehingga soft peak (terbalikkan adunan tak jatuh)
4. Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Kacau sebati perlahan-lahan. Kemudian satukan semua dan kacau sebati lagi perlahan-lahan.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan juga coklat emulco. Sebatikan.
6. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. (Loyang tak perlu di gris minyak/butter).
7. Bakar selama 45 minit. Sejurus keluar dari oven terbalikkan loyang dan biarkan sejuk baru sisip kek dengan pisau.
8. Potong dan hidangkan.

April 2, 2011

..Menu Lunch 2 - Singgang Ikan..

Satu lagi menu untuk lunch hari ni..untuk hirup2.kuahnya yg sedikit masam mmg menyelerakan..

Bahan-bahan
6 ekor ikan pelata - disiang dan dicuci bersih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar - dimayang
4-5 keping asam keping
Air dan perasa secukupnya

Cara-cara
1. Satukan semua bahan dalam periuk.
2. Kacau dan biarkan hingga mendidih dan masak.
(Boleh ditambah atau dikurangkan asam keping - mengikut selera masing-masing)



..Menu Lunch 1 - GoReNG BeRLaDa PaRu..


Ni dia menu simple untuk lunch tadi..goreng berlada paru (kelempung)..ringkas dan mudah disediakan..

Bahan-bahan
1/2 kg paru - direbus dan hiris nipis
3 sudu besar cili kisar
3 biji bawang besar - hiris bulat
1 tangkai cili merah - hiris nipis
2 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
1 sudu besar serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara
1. Gaul paru yg telah direbus dan dihiris nipis tadi dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng paru hingga masak.Tidak perlu terlalu garing.Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan cili kisar hingga garing.
4. Masukkan perasa dan air asam jawa secukup rasa.
5. Masukkan paru tadi dan kacau sebati.
6. Masukkan bawang besar dan cili yang telah dihiris tadi.Kacau hingga bawang layu.
7. Siap untuk dihidangkan..



April 1, 2011

..Cekodok Jagung..


Resipi simple untuk sarapan pagi tadi..

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
3-4 tongkol jagung - ambil isinya
1 biji bawang besar - dimayang nipis
1 ikat daun kucai - dipotong pendek
Air dan garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Satukan semua bahan dan gaul sebati.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.
3. Siap untuk dihidang.

..Masak Lemak Tempoyak Rebung..


Bahan-bahan
2 bungkus rebung - beli yg dah siap disagat
15 tangkai daun geti
300ml santan pekat
Perencah - ikan bilis
Air - ikut kepekatan yg dikehendaki
Perasa
Bahan kisar:
10 tangkai cili api
2 tangkai cili merah
1 biji bawang besar
1 helai daun kunyit
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara-cara
1. Rebung direbus (untuk hilangkan pahit) lebih kurang 20-30 minit.Toskan.
2. Daun geti diasingkan dari tangkainya,dicuci dan toskan.
Ketepikan.
3. Satukan bahan-bahan yang dikisar,rebung,perencah dan air dalam periuk.Biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan santan dan bahan perasa.Kacau seketika.
5. Akhir sekali,masukkan tempoyak dan daun geti.Biarkan mendidih.
6. Siap untuk dihidangkan.

..Sambal Sotong..


Bahan-bahan
1kg sotong - dipotong dan dibersihkan
3 biji bawang besar - dibelah 4
3-4 keping asam keping
Perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan kisar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5-6 sudu besar cili kisar
Belacan secukupnya
Sedikit air

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.
2. Masukkan sotong dan biarkan seketika.
3. Masukkan perasa dan asam keping.Biarkan hingga mendidih.
4. Akhir sekali,masukkan bawang besar yang dibelah.Biarkan hingga bawang agak layu dan boleh tutup api.
5. Siap untuk dihidang..