December 5, 2010

ShePErd piE

Resepi ni member yg bagi.masa tengok gambar dlm fb dia pun dah excited nak buat.nasib baik dia nak share resepi.so,sempena cuti 2 hari ni maka tersedia la resepi pie ni utk utk santapan keluarga.uuiii,sedap sangat.thumb up to my bff FARIHAH.jasamu dikenang..hehehe..

Bahan A
500gm ubi kentang
2 sudu besar butter
1/2 cawan susu segar/cair
Bahan B
400g daging lembu/ayam cincang
½ bj bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (potong dadu)
mix vege (agak2)
8 biji cendawan butang
2 sb kicap masin
2 sb cili sos
1 sudu besar tepung jagung
lada hitam
sedikit bahan perasa
*telur/keju (optional)

Cara-cara penyediaan
Bahan A
1.Rebus kentang dan garam sehingga empuk kemudian lenyek sehingga halus..
2.Butter yg dicairkan bersama susu digaul rata bersama kentang lenyek
Bahan B
1.Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga naik bau wangi.
2.Masukkan daging cincang dan masak sehingga empuk.
3.Setelah empuk masukkan mixed vege, cendawan dan lada hitam.
4.Kemudian masukkan pula cili sos,kicap masin,bancuhan tepung jagung dan sedikit bhn perasa.Kacau rata dan biarkan hingga masak.
5.Sediakan bekas tahan bakar/loyang.Masukkan bahan B yang telah dimasak.
6.Kemudian lapiskan bahan A di atas bahan B.
7.Ratakan bahan A dgn menggunakan garfu.
8.Lepas tu sapu atas bahan A dgn kuning telur atau boleh letakkan hirisan cheese.
9.Bakar dengan suhu 180 darjah.10 minit api atas bawah.5 minit api atas sahaja.

Selamat mencuba...

- Bahan B @ inti

- tuangkan bahan A di atas inti

- tabur cheese..ready to bake..

- tadaaa..ready to eat..

- jemput makan..yummy2..

No comments:

Post a Comment