December 3, 2010

PuDinG tRiFLe

JUMAAT..Penghulu segala hari..hari yg membahagiakan..mana taknye,hari ni aku cuti..hehehe..so,bila dah cuti,macam2 la teringin nak makan.so,sempena cuti minggu ni,aku meluangkan masa buat puding trifle.selain dr teringin nak makan,nak bw sikit rumah member.ni percubaan kedua.percubaan pertama dulu kurang menjadi.kali ni,ok sikit la dari yg hari tu..lepas ni akan menyusul percubaan yg seterusnye untuk mendapatkan puding yg lebih mantap..lgpun,aku mmg suka makan puding ni.jom masak2..

Bahan-bahan
10 g agar-agar
800 ml air
3 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 tin jus fruit cocktail (guna tin susu)
5 sudu besar tepung kastard
fruit cocktail/peach/laici (ikut suka - ku guna semua)
kek swiss roll (apa-apa perisa)
kristal jeli


 - bahan-bahan yg digunakan

Cara-cara
1.Potong swiss roll dan susun dalam bekas/loyang.
2.Toskan friut cocktail dan siramkan jusnya ke atas kek.Ketepikan.
3.Masukkan agar-agar dan air dlm periuk dan masak hingga agar-agar larut.Dalam bekas lain,satukan susu cair,jus fruit cocktail dan gula.Kacau hingga sebati.
4.Masukkan campuran susu tadi ke dalam periuk berisi agar-agar.Bancuh tepung kastard dgn sedikit air dan masukkan dalam periuk.Masak semua bahan tersebut sehingga pekat.Hendaklah dikacau untuk mengelakkan adunan bergentel.Setelah masak,sejukkan seketika.
4.Setelah agak sejuk,tuangkan adunan kastard ke atas swiss roll.Taburkan buah-buahan.
5.Akhir sekali,masak kristal jeli (ikut arahan belakang kotak) dan tuangkan ke atas kastard.Sejukkan dalam peti sejuk..
Siap...



- boleh makan dah..rupa 'kureng' la..hehehe

No comments:

Post a Comment