Menu kedua untuk malam ni..tempura ikan bilis atau lebih senang sebut ikan bilis celup tepung..bukan ikan bilis yang kering tu tau.ni guna ikan bilis fresh punye.nanti ada yang gelakkan aku pulak kalau tak bagitau..hehehe..senang je nak buatnye.tepung pun guna yang segera je..rangup dan sedap ok..tak sedar dah makan banyak..hahaha
Bahan-bahan
20 ekor ikan bilis segar (saiz sederhana)
5 sudu besar tepung goreng segera
Air secukupnya
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Bersihkan ikan dan toskan.
2. Masukkan tepung,garam dan air dalam mangkuk dan gaul sebati (bancuhan jangan terlalu pekat)
3. Panaskan minyak dalam kuali.
4. Celupkan ikan dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan dan masak.Buat hingga habis.
5. Angkat dan boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment