November 28, 2010

PUdinG KArameL

 - dalam pengukus lagi..


- siap dah..boleh makan..

Suke sangat makan puding ni.sebelum ni asyik makan yg org buat je.dah lama cari resepi,baru 3 bulan lepas dapat.happy bebeno.so,dgn excitednye mencuba resepi.percubaan pertama GAGAL sbb gula hangus tu betul2 hangus..hahaha..cubaan kedua baru menjadi.alhamdulillah.tq ye tuan punye resepi.setakat ni dah banyak kali buat sbb dah expert (konon).lgpun,semua ahli rumah aku suke especially my ayah and adik bongsu..

Bahan-bahan
*1 cawan gula
*1 cawan air
1 tin susu cair
4 biji telur
3 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar tepung kastard

Cara penyediaan
1.Masak bahan bertanda * hingga keperangan.Masukkan dlm loyang dan biarkan.
2.Satukan semua bahan kecuali yg bertanda * dalam satu mangkuk dan pukul (ala2 manja je) dgn whisk
- jgn sampai berbuih-buih
3.Tapiskan bahan-bahan yg dipukul td ke dalam loyang berisi gula hangus.
4.Kukus selama 30 minit @ hingga masak.
5.Biarkan sejuk sebentar dan boleh lah dimasukkan ke dalam fridge sebelum dimakan.

*Sedap dimakan sejuk.

2 comments:

  1. rajin buat sebijik2 dalam cup..aritu aku buat seketoi besaq dalam loyang kukus. sodap gak.anak2 pon suka makan. next time leh buat lagi..tp encik asben bising banyak pkai telur. hehehe..

    ReplyDelete
  2. saja nak try buat kecik2 sbb senang nak ngap..hehehe..sedap & menyejukkan..sbb tu budak2 suke..

    ReplyDelete