November 28, 2010

PIzzA WoRLd

Home made pizza.sedap.resepi ni cousin yg bg.kredit to my cousin sbb bg resepi yg mudah ni.tp,disebabkan aku ni 'terlampau rajin',aku memudahkan lagi dgn menggunakan doh yg ready made.cuma perlu sapu sos dan letak topping..mudah kan??hehehe..so,mari kita masak pizza..yiihaaa...

Bahan-bahan doh
1/2 kg tepung gandum
1 peket mauripan (yis)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu minyak zaitun
300 ml air

Cara penyediaan:
1.Satukan semua bahan kecuali air dan ramas supaya jadi rata dan sebati.
2.Masukkan air dan uli perlahan sehingga menjadi doh.
3.Taburkan sedikit tepung di atas doh dah tutup adunan dengan kain bersih selama sejam.

Bahan-bahan sos
*1 tin kecil tomato puree
*1/2 biji bawang besar
*2 biji bawang putih
oregano
air
gula,garam - ikut rasa la
sedikit minyak - tumis

Cara penyediaan:
1.Blend bahan-bahan bertanda * dan tumis hingga kekuningan.
2.Masukkan tomato puree dan setengah tin air (guna tin tomato puree) ke dalam bahan tumisan tadi.
3.Setelah mendidih,masukkan oregano,gula dan garam.Biarkan masak.
4.Angkat dan sejukkan sos tersebut.

Bahan-bahan Topping
*boleh menggunakan apa saja yg disukai dan dirasakan bersesuaian dgn tekak masing2..

ayam/daging cincang - gaul dgn sedikit lada putih dan oregano dan tumiskan hingga masak
nenas dlm tin - potong dadu
cendawan butang
cili benggala
keju cheddar/mozarela - dua2 pun boleh.lg sedap

Cara penyediaan Pizza
1.Doh yg telah diperam selama sejam td dibahagi 2 dan dicanai sekali lg.Kemudia diterap dalam tray.Tinggikan bahagian tepi supaya sos tak melimpah.
*part ni aku tak buat sbb guna doh ready made..hehehe
2.Tuangkan sos pizza dan ratakan atas doh.
3.Letakkan bahan2 topping dan taburkan keju.
4.Panaskan oven dlm suhu 180 darjah celcius selama 10 minit,kemudian bakar pizza selama 20 minit @ sehingga masak.

So,selamat mencuba..

sebelum bakar

selepas bakar

No comments:

Post a Comment