Biskut ni favourite arwah mak.tiap kali raye mst buat.dapat resepi dari rancangan masak Chef Wan kat RTM masa bulan puasa.tahun bile tak pasti pulak.dah lame pun.rasenye dah lebih dari 5 tahun.dari tak tau buat sampai dah expert la skarang ni (perasan la pulak..hehehe)..siap boleh jual raye tahun lepas..so,kalau sesiapa nak order tu,bgtau tau..hahaha..kalau nak buat sendiri,resepi ada kat bawah..senang je..selamat muncuba..
Bahan-bahan
1 ketul butter
250g gula kastor
2 biji telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan cornflakes (blend sampai hancur - serbuk)
1 cawan badam
1 cawan coklat chips
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh soda
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
Cara-cara
1.Satukan gula dan butter dan pukul sampai kembang.
2.Masukkan telur dan vanilla.
3.Masukkan tepung,soda,serbuk penaik dan garam.gaul sebati.
4.Masukkan cornflake dan badam.
5.Bulat-bulatkan doh pas tu tekan dgn garfu.Lastly,susun coklat chip atas doh tadi.
6.Bakar selama 15 minit dalam suhu 180 C.
No comments:
Post a Comment