March 31, 2011

..Kaswi Pandan..

First time buat kuih kaswi pandan ni..dapat resipi dari isteri sepupuku di Koyan,Kak Rosnah Ramli @ Kak Senah..rasanya mmg sedap..

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
5-6 sudu besar air kapur

2 cawan air daun pandan
* Kelapa parut
* Sedikit garam
(* - digaul sebati)

Cara-cara
1. Campurkan semua tepung,gula dan air kapur ke dalam mangkuk.Gaul rata.
2. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit hingga mendapat kepekatan adunan yg dikehendaki.
(Kuantiti air boleh dikurangkan ataupun ditambah)
3. Gaul rata agar tidak berketul.Tapiskan ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 25-30 minit @ hingga masak.
4. Bila dah masak,biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong dan digaul dgn kelapa parut.




March 27, 2011

..Bihun Goreng untuk sarapan..

Menu sarapan pagi tadi..makan sepinggan,kenyang sampai sekarang.tak payah lunch la kejap lagi ni..hehehe..

Bahan-bahan
2 bungkus bihun - rendam hingga lembut dan toskan
* 5 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar
* 2 sudu besar cili kisar
1 mangkuk taugeh
1 ikat sawi - asingkan daun dan batangnya
Perencah - udang dan sotong secukupnya
1 peket fish cake (bulat) - potong kecil
3 ketul tauhu - goreng dan potong kecil
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
Perasa secukupnya
Air - ikut keperluan
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * yang telah dikisar hingga naik bau dan cili garing.
2. Masukkan perencah,fish cake,batang sawi,kicap,sos cili,sos tomato,air dan perasa.Kacau hingga sebati dan mendidih.
3. Masukkan bihun dan tauhu.Gaul sebati.Biarkan seketika tetapi hendaklah dikacau selalu utk mengelakkan bihun berkerak.
4. Akhir sekali,masukkan sawi dan taugeh.Kacau seketika dan boleh la dihidangkan..

March 25, 2011

..Bubur Kacang + Jagung + Keledek..

Buat untuk minum petang.mase cuti je la pun nak masak dan makan macam-macam.kalau hari keje,ALONG yang handle semua.aku tukang makan je.hahaha


Bahan-bahan
1/4 cawan kacang hijau
3 tongkol jagung - ambil isinya
2 biji keledek - dipotong kiub
300ml santan
1/2 cawan air gula merah
Gula dan garam secukup rasa
Air - ikut kepekatan yang dikehendaki
Daun pandan - disimpul

Cara-cara
1. Rebus kacang hijau hingga pecah dan empuk.Tos dan ketepikan.
2. Dalam periuk,satukan jagung dan ubi keledek.Rebus hingga keledek sedikit lembut.
3. Masukkan santan,kacang hijau,air gula merah,gula,garam dan daun pandan yang disimpul.4. Biarkan hingga mendidih dan masak.

(Boleh ditambah air mengikut kepekatan yang dingini)

..iKaN PeKaSam GoReNg..

Salah satu hidangan pembuka selera..sedap dan mudah nak disediakan.maunya tak mudah,ikan pekasam tu beli yang dah siap dan balik goreng je..makan pulak dengan nasi panas..mmg mantop..layann..

Bahan-bahan
Ikan pekasam
6 tangkai cili padi
1 biji bawang besar
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan goreng ikan pekasam hingga masak.
2. Hiriskan cili padi dan bawang.Taburkan atas ikan yg telah masak tadi dan tuangkan sedikit minyak lebihan goreng ikan..

..Masak Lemak Geti + Pucuk Ubi + Keledek..

Masak simple2 je cuti hari ni.kebetulan ayah pun teringin nak makan.so,untuk tidak menghampakan keinginannya itu,terhidang la masak lemak geti ni atas meja untuk lunch tadi..kena pulak dgn ikan pekasam goreng dan ikan keli bakar + air asam,apa nak kata la kesedapannya..tambah sampai 2 kali..hehehe..

Bahan-bahan
1 cekak daun geti
10 tangkai pucuk ubi
2 biji ubi keledek
300ml santan pekat
Perencah - udang dan ikan bilis
Air - ikut kepekatan yg dikehendaki
Perasa
Bahan kisar:
10 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
1 biji bawang besar
1 helai daun kunyit
1 camca teh serbuk kunyit

Cara-cara
1. Daun geti dan pucuk ubi diasingkan dari tangkainya,dicuci dan toskan.Kupas ubi keledek dan potong kiub,cuci dan toskan.Ketepikan
2. Satukan bahan-bahan yang dikisar,ubi keledek,perencah dan air dalam periuk.Biarkan hingga mendidih dan keledek sedikit lembut.
3. Masukkan pucuk ubi dan daun geti.Kacau seketika.
4. Masukkan santan dan bahan perasa.Kacau sekali sekala hingga masak dan ubi keledek empuk..

..Bun lagi..

 - bun kacang hitam..

- bun manis..takde inti pun..

Merajinkan diri buat bun ptg tadi..resipi mcm yg lepas juga tp yg satu tu buat design sikit.lame dah cari cara nak buat design tu last2 jumpa kat blog MAMAFAMI.mama siap bg cara step-by-step lagi.senang nak ikut.thanks mama sudi share cara nak buat design tu..i like.. hehehe

March 24, 2011

..PuDiNg KaRaMeL LaPiS KeK..

Alhamdulillah..menjadi juga puding lapis kek ni walaupun tak berapa lawa.maklumlah,percubaan pertama.akan diperbaiki lagi pada percubaan yang akan datang (tak pasti la bila ye)..
sebenarnya tak sangka resipi ni wujud.kalau puding karamel tu,aku tau la.mmg favourite dan selalu buat pun.tapi bila member tanya pasal resipi ni,musykil juga.nak puaskan hati,aku try la cari dlm internet..rupe2nye mmg wujud resipi canggih ni.sesungguhnye aku yang ketinggalan.hahaha..
bila dah jumpa resipi,apa lagi bersemangat waja la nak try buat.balik je dari ofis,terus mulakan misi.syukur sangat sbb misi berjalan lancar dan hasilnya pun memuaskan hati..tq to tuan punya resipi a.k.a YANI yang sudi share resipinya di sini..


Bahan-bahan
Karamel
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air
Puding
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila
Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan

Cara-cara
1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
2. Sediakan karamel - Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
3. Sediakan puding - Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
5. Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
6. Sediakan kek span - Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi berkrim.
8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
9. Ayak tepung ke dalam no.8.Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
10. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

 

..AyAm GoLeK uNTUk PeNgAnTiN..

Ayam Golek khas untuk pengantin sempena kenduri kawen anak jiran depan rumah.ayam ni kira 'hadiah' dari kami untuk pengantin.tapi tak tau la pengantin sempat makan ke tidak.maklum la,masing-masing pun kontrol ayu kan..hahaha..jgn marah no..
kenduri ni pun dah hampir 2 minggu berlalu.baru sempat nak upload.maklum la,aku diserang virus 'M'..hehehe..
jom layan resipi.tak tau dah nak taip ape lagi.layann..

Bahan-bahan
1 ekor ayam - buang isi perut,kaki dan kepala.cuci bersih
*3 sudu besar cili kisar
*3 ulas bawang besar
*4 ulas bawang putih
*Halia
*1 sudu teh serbuk kunyit
250ml santan pekat
2 cawan air
5-6 helai daun limau purut - dikoyakkan
2 batang serai - diketuk
2-3 keping asam keping
Perasa

Cara-cara
1. Kisar bahan bertanda * dan masukkan dalam kuali.Biarkan hingga mendidih.
2. Masukkan santan,air,asam keping dan bahan perasa.Biarkan sebentar.
3. Masukkan ayam,serai dan juga daun limau purut.Biarkan hingga kuah menjadi agak pekat dan ayam masak/empuk.
(hendaklah selalu dikacau dan alih-alihkan ayam supaya ayam betul-betul masak dan sebati dgn bahan-bahan lain)
4. Bila dah masak,boleh lah dihidangkan mengikut kreativi masing-masing.

..ReNdAnG HaTi LeMbU..


Satu lagi lauk untuk meja pengantin hari tu.lauk ni kami masak atas permintaan mak pengantin.hiasan tu,jiran belakang rumah yang buatkan.kami saling bekerjasama untuk menyampaikan hajat mak pengantin tu..bak kata WONDERPET,"apa yang penting,KERJASAMA"..hahaha..
resepi ni adalah peninggalan arwah emak aku.arwah emak panggil rendang santan.selalunya kalau masak rendang santan ni,kami guna kerang.mmg sedap.pekena pulak dgn nasi panas,perghhh....memang terangkat beb..resipi yang mudah juga..lebur je semua..senang cerita..hehehe..

Bahan-bahan
1 kg hati lembu
250ml santan pekat
*2 bungkus serbuk kari
*3 ulas bawang besar
*4-5 ulas bawang putih
*Halia
2 batang serai - diketuk
1-2 sudu besar serbuk lada hitam
Perasa


Cara-cara
1. Kisar bahan bertanda * dan masukkan ke dalam kuali bersama hati lembu.Biarkan hingga mendidih.
2. Masukkan santan,serbuk lada hitam,serai dan bahan perasa.Biarkan hingga masak.
(boleh ditambah sedikit air jika tidak suka kuah terlalu pekat)
3. Bila dah masak,boleh lah dihidangkan mengikut kreativi masing-masing.

March 23, 2011

..BBQ Nite - Part 3..


18/3/2011 - Alhamdulillah..tercapai juga hasrat ayahku nak buat makan-makan sempena menyambut anak cucunye balik.seronok sangat la ayah aku tu sbb adik aku ni jarang2 dapat balik.maklumlah,dah ade famili sendiri.faham2 je la kan.
macam-macam menu ada.antaranya,ayam bbq dan bihun goreng putih (menu wajib ni),homemade pizza,nasi goreng,udang goreng celup tepung,sotong bakar,kerang bakar,kuah kacang,keropok dll..banyak kan??nak taip pun penat..hehehe
acara masak-masak diketuai oleh kakak aku ALONG.kami hanya membantu ape yg patut je..acara bakar-bakar pulak kaum ADAM yg handle.diketuai oleh ABG OWN..mmg happening sesangat..
ape pun,mlm tu mmg semua org gembira.makan-makan sambil sembang-sembang.enjoy.tapi kesian kat abg aku sbb tak boleh join.tak dapat balik.keje jauh..sabo ye abgku..nanti kita buat lagi..
INSYAALLAH,ade rezeki nanti kita buat yg lebih grand lagi..hehhehe..jom,layan gambar sekitar majlis..

-sesi membakar..
- menu..
                       




- sesi makan-makan..






..SLiCe CHeeSe CaKe..


Yess..akhirnya tercapai juga hasrat nak buat cheese kek ni petang semalam..sejak terpandangkan resipi dan gambarnya yg menggoda di sini,hati jadi tak tenteram je..cewaahh..mcm bercinta pulak ye..
thanks to kak ros @ onigiri.resipi akak mmg best sngat..sedap dimakan.ringkas dan mudah disediakan..


Walaupun kek yg aku buat tak se'cun' kek kak ros,tp aku seronok sbb rasanye tetap mantop.apa lagi,jom layan resipi yang superb ni..kak ros,adik copy paste resipi akak ni..jgn marah ye..hehehe

Bahan-bahan
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara
1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. di dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar (cara bain marie) untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

**aku guna loyang besar dr 20cm..sbb tu kek agak nipis..

March 18, 2011

..BaBy SaWi GoReNG iKaN MaSiN..

Salah satu daripada sayur favourite..dapat ratah saja pun dah sedap..tapi susah juga nak jumpa sayur ni kat pasar..bila dah jumpa,beli dia dulu la..disebabkan 'kecomelannya' jadi tak payah susah2 nak potong kecil2..masak terus sepokok2 tu..senang keje..hehehe



Bahan-bahan
15 pokok baby sawi - cuci dan toskan
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 tangkai cili merah - hiris nipis
Ikan talang masin (isi) - goreng dan hancurkan sedikit
1 sudu teh sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan isi ikan masin,cili merah dan air.Kacau seketika.
3. Masukkan sos tiram dan bahan perasa.Biarkan hingga mendidih.
4. Akhir sekali,masukkan sawi dan segera tutup api dapur.Kacau seketika.
5. Sedia dihidangkan.

March 8, 2011

..KaRi iKaN ToNgKoL..


Bahan-bahan
2 ekor ikan tongkol (sederhana) - potong 3
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
2 peket serbuk kari ikan
1 sudu besar serbuk cili
200ml santan pekat
Air - ikut kepekatan yg disukai
1 sudu teh halba campur
3 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis
Perasa - gula & garam
Kacang bendi
2 biji tomato
2 biji cili merah

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan * yang telah dikisar,halba dan daun kari.
2.Masukkan serbuk kari dan serbuk cili.Biar hingga garing dan naik bau.
3.Masukkan ikan dan sedikit air.Biarkan sebentar.
4.Masukkan santan,lebihan air,perasa dan kacang bendi.Biar hingga mendidih/masak.
5.Masukkan cili merah dan tomato.Hidangkan..

..Mee ReBuS..


Bahan-bahan
Mee - dicelur
Daging
*Bawang putih
*Bawang merah
*Halia
*Cili kering/cili boh
Ubi Keledek - direbus dan dikisar
Kacang tanah - digoreng dan dikisar
Udang kering
Air
Minyak untuk menumis
Perasa - gula dan garam

Makan bersama : taugeh (dicelur),telur rebus,bawang goreng,hirisan daun sup & daun bawang,hirisan daging dan perahan limau nipis

Cara-cara
1.Mee dicelur dgn air panas.Tos dan ketepikan.
2.Daging direbus hingga masak.Airnya boleh digunakan untuk kuah dan daging dihiris.Ketepikan.
3.Kisar bahan bertanda *.
4.Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar bersama udang kering hingga naik bau dan garing.
5.Masukkan air rebusan daging,ubi keledek dan kacang goreng yang telah dikisar halus.Biarkan hingga mendidih.
6.Masukkkan perasa dan biarkan hingga masak.
7.Hidangkan bersama mee dan bahan-bahan lain mengikut selera masing-masing..

..Chiffon Pandan..

 Kek chiffon pandan lagi..setelah percubaan pertama dan kedua berjaya dgn jayanya,aku buat lagi tapi kali ni guna resepi Basic Chiffon Cake (Alex Goh) yg aku ambik dari fp MAMAFAMI di sini.resepi yang sangat ringkas.nama pun basic kan.hehe..lain sikit dari resipi yang buat sebelum ni.tp hasilnya tetap memuaskan hati walaupun tak secantik kek yang mama buat.anyway,thanks mama..

konon2 buat utk my bff Fuzaida.nak bagi sebiji kat dia.tp,disebabkan 'kesilapan teknikal' telah berlaku,dapat bagi beberapa potong je untuk dia.kesian.tak sempat bawa balik Puchong dah habis.sori ye dik.nanti akak buatkan lagi ye.jangan marah..hehehe..so,jom layan resepi..

Bahan-bahan A:
4 biji telur - kuning sahaja
115ml air
85ml minyak sayuran
1/4 sudu teh garam
100g gula
150g tepung
1 sudu teh serbuk penaik 
sedikit pandan paste


Bahan-bahan B:
4 biji telur - putih sahaja
90g gula
1/8 sudu teh cream of tartar

Cara-cara:
1. Tuang kuning telur, gula dan minyak sayuran ke dalam mangkuk pengadun.
2. Tambah baki bahan-bahan (A) ke dalam mangkuk.
3. Adun (A) sehingga sebati (tidak berbintil). Ketepikan sebentar.
4. Pukul putih telur di (B) sehingga lembut dan kembang. Tambah gula dan krim tartar. Terus memukul hingga pekat.
5. Adun (A) dan (B) sehingga sebati. Bakar pada suhu 175 C selama 40 minit. Segera balikkan bila dikeluarkan daripada ketuhar. Biarkan ia sejuk. Bila kek sudah sejuk, keluarkannya daripada acuan.

..Kek chiffon pandan & kek marble untuk ANGAH..



Alhamdulillah..dapat juga siapkan 2 jenis kek ni walaupun kepenatan melanda (balik dari ofis).kesian pulak abang aku yang jauh tu kalau aku tak buatkan.dah janji kan.tak baik dimungkiri.hehehe..dah dok jauh2 mcm tu la.pantang bgtau apa yg kita kat rumah makan,semua dia nak.kebetulan abg yg sorang lg nak pegi K.L,so boleh la kirimkan kek ni.lepas la kempunan ANGAH aku tu..kali ni,just nak share gambar je..resepi boleh tengok dlm entri yg lepas..layan...

March 7, 2011

4/3/2011 - Kursus Penghasilan Kek (2) - Kek Keju @ Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBD)

Kursus kek lagi..kali ni pengkhususan dlm menyediakan KEK KEJU.baru dapat peluang attend sbb sebelum ni kelas asyik penuh je.ni pun kira dah langkau kelas.lepas kelas basic hari tu patutnye attend Kursus Kek (1) dulu tp dah penuh,apakan daya.langkau pun langkau la.bln 4 ni kalau ada rezeki,patah balik kursus 1.kalau tak dapat juga,tunggu sampai dapat la jawabnye.rugi kalau tak attend kursus 1 sbb diorang cakap kelas tu lagi menarik..buat aku hangen je.kursus buat kek kat KKBD ni mmg sentiasa dapat sambutan sbb cikgunye best sangat.lagipun,yuran yg dikenakan tu murah je.berbaloi2 dgn ilmu yg diperolehi..
kursus kali ni best sangat sbb dapat ahli kumpulan yg very sporting dan supportive.happening habis.tak terasa boring pun.paling penting,baru la aku tau susah juga nak buat kek keju ni.agak cerewet dari segi pembuatannya tambah2 untuk orang yang 'terlampau rajin' mcm aku ni.hahaha..nampak gaya,hulur duit je la kalau nak mkn kek keju ni.lgpun,tak dapat sambutan la kek keju ni dlm rumah aku.maklumlah,tekak melayu asli.rasa tak berbaloi pulak nak buat.nanti jenuh la aku yg nak ngabiskannye.bertambah la lemak2 terkumpul dlm badan ni..hehehe
ape pun,yg pasti aku dah dapat ilmu nak buat kek keju.buat ke tak,belakang kira.ilmu tu yg penting.bak kata pepatah "Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China"..layann.....

  


..Kek ChiFFoN PaNdaN..


Akhirnya,tertunai sudah hajat nak buat kek chiffon pandan ni setelah seharian 'berguru' di KKBD bulan Januari hari tu.lame dah peram resipi cikgu bagi.takut nak cuba sebenarnya.tapi,bila fikir2 balik,apa guna berguru kalau tak berani nak mencuba kan..so,terjadi la sebiji kek chiffon pandan untuk hidangan minum ptg sefamili..even rupenye kureng menarik (sebab tu tunjuk gambar kek yg dah potong),tp rasenye mmg best..gebu dan lembut gitu..jom tengok resipi..

Bahan-bahan
Adunan A:
24g gliserin
180g kuning telur
120g air
8g pandan paste
52.5g gula kastor
5g garam
240g tepung high protein
25g serbuk santan
5g baking powder
105g minyak jagung

Adunan B (meringue):
360g putih telur
240g gula kastor
1g cream of tartar

Cara-cara
1.Campurkan kuning telur,air,gliserin,dan pandan paste.Kacau hingga sebati dan licin.
2.Masukkan garam dan gula.Kacau sebati.
3.Ayak tepung bersama serbuk santan dan baking powder - kacau sebati.
4.Masukkan minyak dan campuran kuning telur ke dalam mangkuk tepung dan kacau hingga sebati dan licin.Ketepikan.
5.Putar putih telur bersama cream of tartar  dengan kelajuan tinggi selama 1 minit.
6.Masukkan gula dan putar sehingga mendapat konsistensi yang betul (soft peak).
7.Kaupbalikkan adunan putih telur (meringue) ke dalam adunan A dengan spatula plastik hingga sebati.
8.Masukkan adunan ke dalam acuan kek chiffon (tak payah dilenser) dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 50-60 minit sehingga kek tidak melekat di tepi acuan.
9.Bila dah masak,keluarkan dari oven dan segera terbalikkan acuan atas redai dan tunggu hingga sejuk..




March 6, 2011

22/2/2011 - ALHAMDULILLAH..Bersyukur aku ke hadrat ILAHI kerana dgn limpah kurniaNYA dapatlah aku menyambut hari lahir ke 31 tahun hari ini.seperti kebiasaan,sedikit majlis kecil-kecilan (sesuai la dgn usia kan) telah diadakan.aku berasa sangat terharu dan gembira kerana majlis itu dirancang tanpa pengetahuanku.thanks a lot to my beloved sister ALONG yang telah bersusah payah memasak utk majlis tu.tak lupa juga utk KAK BI sekeluarga sbb sudi belikan besday girl kek yg sedap.walau bagaimanapun,dlm kegembiraan tu terselit juga rasa sedih sbb ketiadaan arwah EMAK tersayang.tahun kedua aku meraikan hari bahagia ni tanpa arwah EMAK..kalau arwah ade,dia la yg sibuk nak buat itu ini..EMAK,i miss u so much..ape pun,harapan pada kali ini sama je seperti tahun-tahun yang lepas.aku memohon pada-NYA agar aku dipanjangkan usia,dimurahkan rezeki,dilindungi,diberkati dan diredhai sentiasa dlm setiap perlakuan  dan dipertemukan jodoh dgn seseorang yg beriman..AMIN..

**lambat publish post sbb sibuk bebeno kebelakangan ni..tp tak kira,ttp nak publish juga..hehehe

- kek -
  
- menu : bihun goreng putih,fettucini bolognaise & tempura udang -
 

- wajah2 ceria di hari lahirku -

**ada lagi tetamu tp masing2 tak nak interframe..ni je la yang tinggal..