December 28, 2010

Surprise yg menjadi

26/12/2010 - Hepi besday ALONG yg ke 35 tahun..ni tarikh actual birthday..kenapa aku cakap mcm tu??sbb dlm ic dia tercatat 01/01/1976 bkn 26/12/1975..ni semua terjadi sbb mase dia lahir,ayah takde.masuk hutan (PPH)..maklum la,kami ni kan perantau.so,takde sedara-mara nak tolong.nasib baik la dulu2 urusan register ni tak strict mcm sekarang.kalau tak,jenuh nak bayar denda..hahaha..
So,as usual kalau ade birthday ahli2 dlm famili ni,mst ade celebration.acara wajib tu.sbg satu2nye adik perempuan yg ALONG ade,aku plan nak buat celebration jg utk dia.maklum la,kalau birthday kami,dia yg masak.nak masak kat rumah,tak surprise la kan.fikir punye fikir tetibe timbul 1 idea.ape kate kalau aku masak kat rumah KAK BI??alhamdulillah,dia setuju.so,ptg tu aku pun sms ALONG bgtau aku balik lambat sbb keje banyak.nasib baik dia tak syak.hehehe..seperti dirancang,balik je keje aku terus p memasak di rumah KAK BI.masak spagheti je pun.simple.takde ambik mase lame sangat kan.nanti 'disyaki' bersalah pulak..hihihi..habis je masak,aku tinggalkan makanan tu kat rumah KAK BI.biar dia yg uruskan.balik rumah melenggang mcm takde ape2.beli kek pun sorok dlm kereta dulu..surprise la katakan..kesian juga tengok ALONG sbb org semua mcm buat tak tau je birthday dia.yg dia tau aku nak buatkan dia pizza.yg tu je..sampai rumah,kelam kabut buat pizza pulak..tak sempat salin baju pun..tepat pukul 7.45 mlm,KAK BI & famili pun sampai dgn membawa makanan yg aku masak tadi..ALONG punye muke tak payah cakap la,terkejut amat.speechless.tak sangka ade surprise parti utk dia..biasa la,brutal2 aku pun,aku sayang ALONG.dia kan satu2nye kakak yg aku ade.lepas mak meninggal,dia la yg ambik alih hal2 rumah..so,sbg adik mst aku kena happy kan dia..majlis berjalan dgn lancar..alhamdulillah..aku bersyukur sbb dpt juga buat surprise utk ALONG..I love u..mmmuuaahhhh.....

..Gambar-gambar sekitar majlis...


- besday girl dgn anak-anak jagaannye..
- menu : spagheti & pizza

- ni la KAK BI

- kek besday
 

December 19, 2010

..Kek mArble..

Bila sebut kek marble,teringat kat arwah mak.dia suke sangat makan kek ni..dah 2 minggu berturut-turut buat kek ni.minggu lepas sempat makan sepotong je.tengok-tengok dah habis.sebab tu minggu ni buat lg..lagpun,nak repair 'marble' yg tak menjadi last week.minggu ni buat,ok la sikit dr yg hari tu tp still kena asah bakat lg biar lebih berseni nak cantikkan lagi kek marble ni..jeles tengok org lain buat nampak cantik dan berseni sangat..hehehe

- boleh la tahan rupenye dr takde rupe lansung..hahaaha


December 5, 2010

ShePErd piE

Resepi ni member yg bagi.masa tengok gambar dlm fb dia pun dah excited nak buat.nasib baik dia nak share resepi.so,sempena cuti 2 hari ni maka tersedia la resepi pie ni utk utk santapan keluarga.uuiii,sedap sangat.thumb up to my bff FARIHAH.jasamu dikenang..hehehe..

Bahan A
500gm ubi kentang
2 sudu besar butter
1/2 cawan susu segar/cair
Bahan B
400g daging lembu/ayam cincang
½ bj bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (potong dadu)
mix vege (agak2)
8 biji cendawan butang
2 sb kicap masin
2 sb cili sos
1 sudu besar tepung jagung
lada hitam
sedikit bahan perasa
*telur/keju (optional)

Cara-cara penyediaan
Bahan A
1.Rebus kentang dan garam sehingga empuk kemudian lenyek sehingga halus..
2.Butter yg dicairkan bersama susu digaul rata bersama kentang lenyek
Bahan B
1.Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga naik bau wangi.
2.Masukkan daging cincang dan masak sehingga empuk.
3.Setelah empuk masukkan mixed vege, cendawan dan lada hitam.
4.Kemudian masukkan pula cili sos,kicap masin,bancuhan tepung jagung dan sedikit bhn perasa.Kacau rata dan biarkan hingga masak.
5.Sediakan bekas tahan bakar/loyang.Masukkan bahan B yang telah dimasak.
6.Kemudian lapiskan bahan A di atas bahan B.
7.Ratakan bahan A dgn menggunakan garfu.
8.Lepas tu sapu atas bahan A dgn kuning telur atau boleh letakkan hirisan cheese.
9.Bakar dengan suhu 180 darjah.10 minit api atas bawah.5 minit api atas sahaja.

Selamat mencuba...

- Bahan B @ inti

- tuangkan bahan A di atas inti

- tabur cheese..ready to bake..

- tadaaa..ready to eat..

- jemput makan..yummy2..

December 3, 2010

PuDinG tRiFLe

JUMAAT..Penghulu segala hari..hari yg membahagiakan..mana taknye,hari ni aku cuti..hehehe..so,bila dah cuti,macam2 la teringin nak makan.so,sempena cuti minggu ni,aku meluangkan masa buat puding trifle.selain dr teringin nak makan,nak bw sikit rumah member.ni percubaan kedua.percubaan pertama dulu kurang menjadi.kali ni,ok sikit la dari yg hari tu..lepas ni akan menyusul percubaan yg seterusnye untuk mendapatkan puding yg lebih mantap..lgpun,aku mmg suka makan puding ni.jom masak2..

Bahan-bahan
10 g agar-agar
800 ml air
3 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 tin jus fruit cocktail (guna tin susu)
5 sudu besar tepung kastard
fruit cocktail/peach/laici (ikut suka - ku guna semua)
kek swiss roll (apa-apa perisa)
kristal jeli


 - bahan-bahan yg digunakan

Cara-cara
1.Potong swiss roll dan susun dalam bekas/loyang.
2.Toskan friut cocktail dan siramkan jusnya ke atas kek.Ketepikan.
3.Masukkan agar-agar dan air dlm periuk dan masak hingga agar-agar larut.Dalam bekas lain,satukan susu cair,jus fruit cocktail dan gula.Kacau hingga sebati.
4.Masukkan campuran susu tadi ke dalam periuk berisi agar-agar.Bancuh tepung kastard dgn sedikit air dan masukkan dalam periuk.Masak semua bahan tersebut sehingga pekat.Hendaklah dikacau untuk mengelakkan adunan bergentel.Setelah masak,sejukkan seketika.
4.Setelah agak sejuk,tuangkan adunan kastard ke atas swiss roll.Taburkan buah-buahan.
5.Akhir sekali,masak kristal jeli (ikut arahan belakang kotak) dan tuangkan ke atas kastard.Sejukkan dalam peti sejuk..
Siap...



- boleh makan dah..rupa 'kureng' la..hehehe

December 2, 2010

Welcome DISEMBER..cepat betul masa berlalu.pejam celik,pejam celik dah sampai hujung tahun.rase macam baru je masuk tahun 2010 tp hakikatnye dah hujung tahun pun..ape pun,ALHAMDULILLAH
sbb aku masih dipanjangkan umur dan diberi peluang utk menikmati kehidupan di dunia ini oleh  YANG MAHA PENCIPTA..syukur padamu YA ALLAH..walaupun ade impian yg masih belum tercapai,sekurang-kurangnye dah ade yg jd kenyataan.mane2 impian yg tak tercapai tu,4wd ke tahun depan la jawabnye.tu pun kalau aku masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..hehehe..

Soal JODOH pula,aku hanya berserah dan redha dgn ketentuan ALLAH SWT.dah banyak benda yg aku lalui untuk ke arah 'itu' tp apa nak buat kalau jodoh aku mmg tak sampai lagi.bukan boleh paksa semua tu.aku harap sangat kepada sesiapa yg rajin sangat bertanya "bila aku nak kawen" tu sila la bawa bertenang.sampai masa nanti,kawen la aku..hehehe..bukan apa,tak larat nak jawab dah soalan2 berkaitan jodoh @ kawen ni..sedih pun ada bila org asyik tanya je.paling aku menyampah kalau org kata aku tak kawen sbb aku ni memilih..haaa,tu mmg pantang aku la.mula la mulut ni ringan je nak 'melaser' tp bila yg kata tu adalah makcik2,aku sabo je la..kalau aku laser nanti ade pulak yg kata macam2..emm,mcm2 la.

So,aku selalu berdoa agar aku diberi kesabaran yg tinggi untuk menempuhi semua ni.kalau selama ni aku boleh bersabar dgn kerenah manusia2 yg tak faham bahasa tu,aku harap utk masa2 akan datang aku akan terus kuat utk hadapinye..